Penyakit tangan kami dan mulut (HFMD) adalah penyakit berjangkit disebabkan virus yang menyerang kanak-kanak dibawah umur 10 tahun.
Virus ini merebak melalui sentuhan dari tangan yang tidak dibasuk, permukaan yang tercemar dengan najis ataupun cecari dari mereka yang dijangkiti.
Antara simptom utama penyakit ini adalah demam, sakit tekak, keletihan, ulcer, blister dan kemerah-merahan pada tangan, kaki, belakang, siku dan di belakang lutut.
Sakit ini akan sembuh dengan sendirinya dalam masa seminggu hingga 10 hari. Ianya tidak boleh dihalang atau disembuhkan melalui vaksin atau ubatan.
Di sini kami kongsikan beberapa cara untuk melegakan dan merawat Penyakit tangan kaki dan mulut ini.
Rawatan HFMD Dari Rumah
Air kelapa
Air kelapa dapat menyejukkan badan dan juga perut. Ianya mengandugi pelbagai jenis vitamin , mineral dan bahan antioksida. Ianya juga mengandungi acid lauric yang bertujuan untuk melawan jangkitan virus.
Dengan memberikan air kelapa kepada kanak-kanak terkena HFMD ianya dapat melegakan sakit pada mulut dan terus kekal hidratkan.
Minyak lavender
Minyak lavender baik untuk melawak virus dan menyahjangkitan. Ianya juga dapat memberikan rasa tenang dan relaks untuk membantu anak anda tidur lebih lena. Anda boleh campurkan minyak lavender di dalam air mandi atau boleh juga guna diffuser minyak essential oil lavender.
Anda boleh dapatkan di sini minyak lavender.
Minyak essential Lemon
Sama seperti lavender, minyak essential lemon turut bertindak sama sebagai ejen membantu melawan jangkitan virus.
Boleh dapatkan di sini minyak essential lemon.
Halia
Halia mengandungi beberapa bahan kimia antivirus. Ianya juga mengandungi ‘sedative’ yang bertindak sebagai melegakan kesakitan. Buat teh halia yang dihancurkan , sejukkan dan beri kepada anak anda. Boleh tambah madu untuk rasa yang enak sedikit.
Aloe vera (Lidah Buaya)
Lidah buaya mengandungi anti mikrobial . Ianya dapat meningkatkan imuniti. Sapukan aloe vera pada kulit anak anda yang kemerahan akibat HFMD.
Boleh juga terus guna gel aloe vera yang ada di pasaran seperti ini.
Semoga dengan beberapa tips ini dapat membantu untuk anak anda sembuh daripada HFMD. Jauhi tempat yang berisiko boleh terkena jangkitan HFMD.
Join kami di t.me/portalsemakandotcom untuk info terkini dan isu semasa di Malaysia.