Permohonan BMT 2024 (Bantuan Musim Tengkujuh RM800)

Berita baik buat para pekebun kecil dan Penoreh Getah, kini anda boleh membuat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh bagi tahun 2024. Permohonan ini mula dibuka pada 15 Jun 2024

Permohonan boleh dilakukan secara online mahupun offline dengan terus kunjungi mana-mana pejabat RISDA berhampiran anda.

Cara Permohonan BMT 2024

Cara untuk membuat permohonan secara online Bantuan Musim Tengkujuh 2023 secara online.

Layari laman web rasmi RISDA

Layari laman web rasmi RISDA di bmt.risda.gov.my . Pastikan anda menepati syarat dan kelayakan yang dikehendaki oleh RISDA.

Kemaskini maklumat.

Jika maklumat anda telah ada di dalam sistem, anda perlu membuat kemaskini maklumat. Jika tidak ada, anda prlu membuat pendaftaran baharu.

Semakan keputusan.

Semak keputusan anda. Jika lulus, pembayaran akan dibuat.

Permohonan BMT 2024 (Bantuan Musim Tengkujuh RM800) 2
Permohonan BMT 2024 (Bantuan Musim Tengkujuh RM800) 4

Syarat-syarat Kelayakan

Sebelum membuat permohonan ini, anda perlulah memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

Syarat kelayakan pekebun kecil (Pemilik pengusaha)

  • Warganegara Malaysia.
  • Berdaftar dengan RISDA.
  • Jumlah tanah luas 0.1 – 2.5 hektar.
  • Merupakan pemilik tanah yang sah.
  • Setiap satu lot hanya seorang penerima.
  • Layak menerima bantuan sekali sahaja.

Syarat Kelayakan Penoreh bukan Pemilik

  • Warganegara Malaysia.
  • Berdaftar dengan RISDA.
  • Menoreh di lot 0.1 hingga 2.5 hektar.
  • Pengesahan oleh pemilik tanah yang sah.
  • Satu lot, satu penerima bantuan.
  • Pemegang kad permit autoriti getah (PAT-G) yang sah.
  • Seorang penoreh hanya layak menerima 1 kali sahaja bantuan.

Untuk maklumat lanjut dan bantuan-bantuan lain yang ditawarkan, join kami di t.me/portalsemakandotcom

Tarikh tutup permohonan BMT 2023 adalah pada 15 September 2023.