Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah 2022 Online

Kumpulan Yayasan Sabah telah membuka permohonan tajaan biasiswa/ pinjaman pengajian tinggi Yayasan Sabah Siri 1/2022.

Permohonan ini dibuka khas untuk pemohon yang sedang belajar dan telah mendapat tempat di mana-mana institusi pengajian sama ada di peringkat sijil, diploma, atau Ijazah Sarjana Muda.

Kriteria Permohonan

Berikut adalah kriteria permohonan tajaan biasiswa Yayasan Sabah.

  • Pemohon dan ibu bapa adalah warganegara Malaysia berasal dari Sabah,atau
  • Salah seorang warganegara berasal dari Sabah, atau
  • Salah seorang status penduduk tetap di Negeri Sabah.

Jenis Tajaan Biasiswa Yayasan Sabah

Terdapat beberapa jenis tajaan Biasiswa Yayasan Sabah. Antaranya adalah;

jenis biasiswa

Kelayakan Akademik

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk memohon biasiswa yayasan Sabah ini.

biasiswa Sabah
kelayakan biasiswa sabah

Permohonan Tajaan Biasiswa Yayasan Sabah 2022

Cara permohonan adalah seperti berikut: https://ysedu-online.net.my/

Anda perlu membuat pendaftaran pembukaan akaun terlebih dahulu sebelum dapat mengisi borang permohonan.

Klik daftar akaun dan setelah selesai mengisi borang daftar akaun, satu email pengesahan akan dihantar kepada anda.

Email tersebut mengandungi ID dan kata laluan anda.

Login dan isi borang permohonan mengikut kategori yang anda layak.

Tarikh tutup permohonan Tajaan Biasiswa/ Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah Siri 1/2022 ini adalah pada 5 Mei 2022.

Jika tiada balasan selepas 30 Jun 2022, permohonan dianggap tidak berjaya.