Permohonan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak 2022

Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak adalah satu insentif yang diberikan kepada semua anak-anak perak yang dilahirkan di Negeri Perak bermula tahun 2010. Insentif yang diberikan ini adalah dalam bentuk simpanan pendidikan SSPN-i untuk masa depan anak-anak.

Sebanyak RM200 yang akan diberikan kepada bayi kelahiran Negeri Perak bermula tahun 2010 yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Perak melalui Yayasan Perak. Bantuan ini adalah sebagai satu simpanan permulaan menerusi Skim Simpanan Pendidikan Tinggi Nasional (SSPN-i) di bawah PTPTN.

Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak
Permohonan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak 2022 8

Tarikh Permohonan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak

Permohonan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak ini dibuka sepanjang tahun.

Syarat Permohonan

Antara syarat Permohonanan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak 2022 yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :

  1. Penerima manfaat (anak) hendaklah warganegara Malaysia dan kelahiran Negeri Perak mulai 1 Januari 2010.
  2. Pendapatan isi rumah di bawah RM5,000 sebulan (bermula 1 Januari 2019).
  3. Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak.
  4. Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak tetapi “sedang beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih 10 tahun – Perlu mengambil surat pengesahan bermastautin di Negeri Perak melalui Penghulu Mukim/Ketua Kampung.
  5. Ibu atau bapa kelahiran “luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri perak lebih dari 10 tahun – Perlu mengambil surat pengesahan bermastautin di Negeri Perak melalui Penghulu Mukim/Ketua Kampung.
  6. Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak tetapi “anak lahir di Daerah Yang Bersempadan dengan Negeri Perak (Hospital Bersalin terletak di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor) – Perlu mengambil surat pengesahan bermastautin di Negeri Perak melalui Penghulu Mukim/Ketua Kampung.
Permohonan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak 2022 4
Permohonan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak 2022 9

Cara Mohon Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak 2022

Borang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Cawangan PTPTN Negeri Perak, Pejabat Pusat Khidmat ADUN atau dicetak di laman web Yayasan Perak di = http://www.yayasanperak.gov.my/

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Permohonan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak 2022 ini, sila hubungi Yayasan Perak di talian 05-255-2929/253-7779.

Pemohon juga boleh menghubungi :

  1. Emel ke [email protected]
  2. Aduan ke [email protected]
  3. Whatsapp Rasmi +60 13 434 5300
  4. Maklumbalas di laman web Yayasan Perak di ruangan maklum balas = https://yayasanperak.gov.my/v6/maklum-balas/
Permohonan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak 2022 6
Permohonan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak 2022 10

Soalan Lazim

Berapakah kadar pemberian untuk Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak ?

RM200 kepada bayai yang dilahirkan di Negeri Perak mulai tahun 2010.

Bilakah tarikh permohonan ?

Permohonan di buka sepan