Bantuan Prihatin Sabah (BSP) 3.0 adalah bantuan khusus untuk rakyat Sabah.
BSP 3.0 memperuntukkan sebanyak RM300 bagi setiap pemohon yang layak. Dijangka sebanyak lebih 370K penerima BSP 3.0.
๐Join Telegram untuk lebih info bantuan.
Untuk makluman, bantuan ini akan diagihkan kepada 8 kementerian termasuk Pejabat Tugas-tugas Khas dan juga Dewan badaraya Kota Kinabalu (DBKK).
Antara kategori yang akan menerima bantuan ini adalah;
- Miskin tegar, dan e-kasih.
- Ushawan Mikro dan Kotej
- Penjaja kecil
- Pemandu bas, lori, teksi, institusi memandu, pemandu bot dan pemohon baharu.
- Nelayan, petani, pekebun sawit (MPOB), pekebun kecil koko, pekebun kecil LIGS, penternak, pekebun kecil KPD, (pekebun / penternak) dan pekebun kecil LKTNS.
- Pemandu pelancong, penggiat seni, Divemaster, Malim gunung dan Porter (sektor pelancongan).
Cara Semakan BSP 3.0 Online 2021
Semakan boleh dibuat dengan melayari laman web https://bkn-covid.sabah.gov.my/bsp-semak/
Masukkan no kad pengenalan dan isikan huruf yang tertera.
Selepas membuat semakan, keputusan akan dipaparkan seperti di bawah:
Kami mengucapkan selamat membuat semakan BSP 3.0.
Selain pembayaran RM300, turut diagihkan bakul makanan kepada mereka yang layak.
Berapakah jumlah pembayaran BSP 3.0?
Sebanyak RM300
Bilakah pembayaran akan dibuat?
Dalam tempoh masa terdekat.