Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan akan bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021. Ini adalah PKP 3.0 bagi fasa pertama. Fasa seterusnya akan ditentukan berdasarkan penilaian risiko kes.
Ramai yang tertunggu-tunggu sama ada terdapat bantuan akan diberikan kepada rakyat ketika PKP 3.0 ini dijalankan.
Akhirnya kerajaan mendengar keluhan rakyat dengan memperkenalkan pakej-pakej bantuan bagi PKP 3.0.
Sebelum ini telah diperkenalkan.
Senarai Bantuan PKP 3.0
Perdana Menteri telah mengumumkan pakej Bantuan PKP 3.0 yang dinamakan sebagai Pemerkasa+ ataupun dinamakan sebagai Pemerkasa Tambahan.
Senarai Bantuan Pemerkasa +
Antara point yang terdapat di dalam pakej bantuan ini adalah seperti berikut:
Kesihatan
- RM550 juta – Menapung tambahan kos operasi, pengurusan krisis kesihatan
- Melanjutkan 14,500 pekerja kontrak dalam bidang kesihatan.
- Pemberian vaksin dipercepatkan.
BPR
Tambahan BPR yang akan dibayar pada hujung bulan Jun 2021.
- Isi rumah pendapatan RM2500 ke bawah akan menerima BPR tambahan RM500
- Isi rumah pendapatan RM2501 – RM5000 akan menerima BPR tambahan RM300
- Bujang akan menerima bantuan BPR tambahan sebanyak RM100
Moratorium
- Moratorium akan diberikan secara Automatik kepada B40, hilang pekerjaan, dan PKS terjejas.
- Boleh memilih moratorium automatik selama 3 bulan atau, pengurangan 50% bayaran balik selama 6 bulan.
Program Subsidi Upah
- Subsidi upah dilanjutkan 1 bulan.
Geran Khas Prihatin
- GKP sebanyak RM1500
- Bayaran RM1000 pada awal bulan jun
- bayaran RM500 akhir bulan jun.
Pelancongan
- Pemandu pelancong , kereta sewa, dan teksi bantuan one-off RM500
Cukai
- Penati cukai dikurangkan.
Sewa
- Potongan sewa kepada pemilik bangunan dan ruang niaga.
Duti Setem
- Pengecualian duti Setem HOC dilanutkan sehingga tarikh 31 Disember 2021.
===============
Sedang dikemaskini.