Permohonan rayuan BPR kini mula dibuka kepada mereka yang berkenaan bermula 15 Jun 2021.
Rayuan ini adalah bagi mereka yang berstatus tidak lulus BPR ataupun merkea yang berstatus lulus BPR akan tetapi ingin membuat rayuan pertambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan bulanan.
Permohonan rayuan ini dibuka pada tarikh 15 Jun 2021 sehingga 30 Jun 2021.
Cara Permohonan Rayuan BPR 2021
Terdapat dua cara permohonan rayuan boleh dibuat.
- Melalui atas talian pada lamanweb https://bpr.hasil.gov.my
- Dengan menghantar borang rayuan di mana mana cawangan LHDNM.
Cara permohonan online adalah, login ke dalam sistem BPR dan masuk ke bahagian MyBPR dan klik Permohonan Rayuan.
Perlu diingat bahawa dokumen sokongan diperlukan semasa melakukan rayuan ianya bergantung kepada jenis kod tidak lulus anda.
Siapakah layak membuat rayuan BPR?
Mereka yang mempunyai status tidak lulus ataupun mereka yang menukar butiran seperti bilangan anak dan taraf perkahwinan.
Bolehkah permohonan rayuan dilakukan secara online?
Ya. Login ke dalam sistem BPR.
Bilakah tarikh tutup permohonan rayuan ini?
30 Jun 2021.