Permohonan kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komunit dan ILKA kini dibuka semula.
Pembukaan semula ini bagi pelajar lepasan SPM 2020.
Tempoh pembukaan UPUOnline ini bermula 15 Jun 2021 sehingga 21 Jun 2021.
Perkara ini bagi memberi peluang semula kepada pelajar yang tidak sempat mengisi permohonan sebelum ini.
Para pelajar boleh membuat permohonan kemasukan ataupun membuat pilihan program pengajian yang ingin dipohon.
Selain itu, kemaskini juga boleh dibuat bagi pelajar yang telah memohon sebelum ini.
Cara Permohonan UPU Online 2021
Caranya adalah dengan melayari: https://upu.mohe.gov.my. Permohonan dan kemaskini ini dibuka mulai 15 Jun 2021 pada pukul 12 tengah hari.
Bilakah tarikh UPU Online dibuka?
15 Jun 2021 . Pukul 12 tengah hari.
Bilakah tarikh tutup ?
21 Jun 2021. Pukul 5 petang.
Adakah pelajar yang telah membuat permohonan boleh membuat kemaskini pada tempoh ini?
Ya. Kemaskini boleh dibuat secara online.