Kini Bantuan Khas Sarawakku Sayang memasuki fasa ke-6 yang dipanggil sebagai (BKSS 6.0).
Hal ini disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan di Sarawak bermula 29 Mei 2021 hingga 11 Jun 2021.
๐Join Telegram untuk lebih info bantuan.
Jumlah bantuan kali ini adalah berjumlah RM3.1 bilion.
Di sini kami senaraikan bantuan yang termasuk di dalam BKSS 6.0 kali ini.
Senarai BKSS 6.0 Untuk Rakyat
- Pemberian tunai sebanyak RM250 sebulan kepada ketua isi rumah B40. Pemberian ini adalah selama tempoh 6 bulan. Bermula 31 Julai hingga 31 Disember 2021.
- Elaun petugas barisan hadapan (frontliner) RM200 -RM300 selama 6 bulan bermula Julai 2021.
- Penjaja dan peniaga kecil akan menerima RM1500. Bayaran pertama RM750 pada Julai dan selebihnya pada Disember 2021 (melalui Sarawak Pay).
- RM500 secara one off kepada pemilik dan pengendali penambang berdaftar.
- RM500 secara one-off kepada pemandu e-hailing dan pengjara sekolah memandu.
- RM600 diberikan kepada pengendali van penumpang, pemandu teksi dan pengendali bas dan van sekolah yang berdaftar.
- RM1500 diberikan kepada pengamal media.
- Pemberian RM500 – RM3000 kepada pihak dan individu yang terlibat di dalam industri pelancongan.
- Diskaun 25% taksiran cukai pintu.
- Diskaun 50% Skim Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak.
- Pemberian bakul makanan kepada isi rumah terjejas.
- 30% diskaun cukai tanah
- penangguhan premium tanah
- pengecualian bayaran permit dan lesen perniagaan
- pengecualaian pembayaran lesen hotel dan rumah tumpangan.
Permohonan dan Semakan BKSS 6.0
Anda boleh membuat semakan sama ada anda pernima BKSS atau bukan dengan melayari: https://bkss.sarawak.gov.my/web/home/bkss_semak atau klik https://bkss.sarawak.gov.my/web/home/article_view/233/326/
Jika terdapat sebarang persoalan, hubungi Tel:082-555 999 / e-mail:[email protected]
Bilakah BKSS 6.0 akan bermula?
Pembayaran bantuan akan bermula pada Julai 2021.
Berapakah jumlah bantuan bagi golongan b40?
RM250 akan diberikan kepada isi rumah B40 selama 6 bulan berturut-turut.
Adakah permohonan perlu dibuat?
Data daripada BKSS sebelum ini akan diguna pakai.