Permohonan Skim Bantuan Makanan Pelajar UTM. Skim ini diperkenalkan bagi membantu pelajar-pelajar di UTM yang datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan makanan.
Inisiatif ini juga diharap mampu meringankan beban pelajar di UTM untuk mendapatkan makanan dan meningkatkan tumpuan pembelajaran mereka.
Tarikh Tutup Permohonan
Pelajar yang ingin membuat permohonan boleh mengemukakan permohonan segera sebelum tutup permohonan iaitu pada 4 Juai 2022.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang ditetapkan untuk memohon skim bantuan ini adalah :
- Terbuka kepada semua pelajar prasiswazah UTM.
- Keutamaan kepada pelajar yang memerlukan bantuan makanan.
- Hanya pelajar yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk sesi temuduga.
- Pemohon tidak mendapat tajaan daripada mana-mana pihak.
- Borang permohonan ini mestilah diisi dengan menggunakan huruf besar.
- Pemohon dikehendaki memberikan butiran atau maklumat dengan tepat dan benar.
Cara Mohon Skim Bantuan Makanan Pelajar UTM
Permohonan skim bantuan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah seperti berikut :
- Klik link permohonan disini = https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfBfl5Yw7-GHs4KKi-joL4ctJZQ-DS6utIdwMCxN5tsKekA1A/viewform
- Isi maklumat permohonan yang diperlukan.
- Pastikan semua maklumat diisi.
- Muat naik dokumen yang diperlukan.
- Klik butang “Submit” untuk menghantar permohonan.
Dokumen Yang Diperlukan
Antar dokumen yang diperlukan adalh :
- Gambar
- Kad matrik
- Slip gaji terkini penjaga
- Sijil kematian (jika berkaitan)
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Bantuan Makanan Pelajar UTM, anda boleh rujuk ke Bahagian Kemudahan, Kebajikan dan Tatatertib, Pejabat Hal Ehwal Pelajar melalui e-mel [email protected] atau di talian 07-5530262, 07-5530567.
Soalan Lazim
Bilakah tarikh tutup permohonan skim bantuan makanan pelajar UTM ini ?
4 Julai 2022.
Siapakah yang boleh memohon skim bantuan ini ?
Terbuka kepada semua pelajar prasiswazah UTM dan menepati syarat kelayakan permohonan.