Permohonan Bantuan IKS (BAIKS) 2022 : Untuk Usahawan Sabah

Bantuan IKS (BAIKS) 2022 . BAIKS adalah salah satu inisiatif Kerajaan bagi merangsang pertumbuhan industri kecil dan sederhana (IKS) di sabah.

Program ini juga bertujuan untuk membina kapasiti, daya tahan dan daya saing usahawan IKS di di Sabah melalui bantuan dalam bentuk geran.

Jenis Bantuan

Bantuan yang ditawarkan terdiri dari 4 kategori iaitu :

  1. Mesin dan peralatan
  2. Pembungkusan
  3. E-dagang / digital
  4. Francais

Jenis Perniagaan Yang Layak

  1. Semua syarikat IKS dalam Sektor Pembuatan yang melibatkan produk makanan berbungkus, bukan makanan dan kraftangan.
  2. Permohonan bantuan pembelian bahan mentah dan modal pusingan tidak akan dipertimbangkan.
  3. Bantuan ini tidak merangkumi kategori pelancongan, penjaja, petani, nelayan dan penternak.
  4. Permohonan dari ketegori professional dan kontraktor tidak akan dipertimbangkan.
Bantuan IKS (BAIKS) 2022

Syarat Kelayakan

Kriteria untuk permohonan Bantuan IKS (BAIKS) 2022 adalah :

  1. IKS dari sektor pembuatan.
  2. Mempunyai Lesen Perniagaan yang sah.
  3. Pemohon hendaklah warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah.
  4. Perniagaan yang beroperasi di Sabah sahaja.
  5. Keutamaan kepada syarikat yang mempunyai premis.
  6. Memberi perhatian kepada petunjuk prestasi seperti jualan, kapasiti pengeluaran, premis perniagaan, bilangan pekerja, persijilan dan kualiti pembungkusan.
  7. Usahawan yang pernah mendapat bantuan tidak dibenarkan untuk memohon dalam kategori yang sama tetapi dibenarkan untuk memohon dalam kategori yang berlainan.

Cara Mohon Bantuan IKS (BAIKS) 2022

Untuk pengetahuan, permohonan bagi geran BAIKS dilakukan sepenuhnya secara dalam talian sahaja.

Bagi usahawan IKS yang memenuhi syarat kelayakan di atas, anda dipelawa untuk menghantar permohonan anda di laman web rasmi di sini = https://smedidr.com.my/

Klik pada butang Daftar.

Stelah melengkapkan pendaftaran, klik pada butang Log Masuk untuk melengkapkan permohonan BAIKS anda.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Bantuan IKS (BAIKS) 2022, anda boleh terus berhubung dengan pegawai yang bertugas melalui salah satu cara di bawah :

Jabatang Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan Sabah

Tingkat 1, 5, 7 & 8
Blok C Wisma Tuan Fuad Stephens Karamunsing,
88300 Kota Kinabalu,
Sabah.

Telefon : 088-253445 (Tingkat 1) / 088-215035 (Tingkat 8)
Emel : [email protected]

Soalan Lazim

Apakah itu BAIKS ?

BAIKS adalah satu inisiatif Kerajaan untuk merangsang pertumbuhan industri kecil dan sederhana (IKS) di Sabah.

Ikuti t.me/portalsemakandotcom untuk info terkini mengenai bantuan di Malaysia.

Apakah tujuan Program ini ?

Program ini bertujuan untuk membina kapasiti, daya tahan dan daya saing usahawan IKS di Sabah melalui bantuan dalam bentuk geran.