Pinjaman Pendidikan Pulau Pinang adalah bertujuan untuk memberi pinjaman pendidikan tinggi kepada warganegara Malaysia yang lahir atau menerima sebahagian daripada pelajaran mereka di Pulau Pinang.
Bagi pelajar kelahiran di Negeri Pulau Pinang yang ingin memohon pinjaman Pendidikan ini bagi sesi 2022/2023 boleh lah membuat permohonan sekarang.
๐Join Telegram untuk lebih info bantuan.
Tarikh Permohonan
- Tarikh buka permohonan : 1 Jun, setiap tahun.
- Tarikh tutup permohonan : 20 September 2022.
Kadar Pinjaman
Bagi kadar pinjaman yang ditawarkan adalah :
Syarat Permohonan
- Anak kelahiran Pulau Pinang atau sekurang-kurangnya bersekolah selama 5 tahun di Pulau Pinang.
- Ditawarkan tempat di Universiti / institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan sahaja.
- Bagi pemohon dari Institut Pengajian Tinggi Swasta, kursus yang diikuti hendaklah diluluskan oleh MQA (Malaysian Qualification Agency / Agensi Kelayakan Malaysia).
- Pemohon yang sedang mengikuti kursus PraUniversiti / Matrikulasi / KPLI / Sijil Kemahiran / Kolej Vokasional tidak layak untuk memohon.
- Pinjaman untuk kursus yang bertaraf Sijil, Diploma, Diploma PJJ, Ijazah Pertama, Ijazah PJJ, Sarjanan dan PhD.
- Pinjaman kali kedua hanya ditawarkan kepada peminjam yang telah menyelesaikan bayaran balik pinjaman pertama.
- Tempoh pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun.
- Penerima pinjaman Penaja lain tidak layak untuk memohon. ( PTPTN,MARA,Mybrain dan sebagainya).
Proses Pinjaman Pendidikan Pulau Pinang
Ikuti langkah-langkah permohonan Pinjaman Pendidikan Pulau Pinang seperti berikut :
- Semak kelayakan memohon Pinjaman Pendidikan Negeri Pulau Pinang.
- Pastikan anda penuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.
- Daftar permohonan secara Online di laman web disini = https://epp.penang.gov.my/public/index.php
- Semak emel yang didaftarkan dan klik URL yang disertakan.
- Isi permohonan secara online.
- Pastikan anda isi semua ruangan secara lengkap dan betul.
- Klik butang “Hantar” setelah lengkap borang diisi.
- Cetak borang dan senarai semakan permohonan.
- Hantar borang permohonan yang telah dicetak dan juga dokumen.
Nota :
- Pengguna tidak digalakkan membuat permohonan secara online melalui paparan di telefon bimbit.
- Sila rujuk infografik seperti dibawah ini .
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Pinjaman Pendidikan Pulau Pinang, sila hubungi pentadbiran ini di talian = 046505391 / 5165 / 5627.
Soalan Lazim
Bilakah tarikh tutup permohonan pinjman ini ?
20 September 2022.
Bolehkah pemohon yang sedang mengikuti kursus PraUniversiti untuk memohon pinjaman ini ?
tidak. Pemohon tidak layak untuk memohon.