Permohonan Skim Halimatul Saadiah 2022 : Untuk Pengasuh Di Rumah

Skim Halimatul Saadiah 2022. Skim Halimatul Saadiah ialah skim yang menawarkan latihan dan bimbingan untuk pengasuk di rumah di Negeri kelantan.

Peserta akan menjalani kursus dan mendapat bantuan bagi membolehkan mereka menjadi pengasuh di rumah yang berkemahoran.

Tarikh Permohonan

Pemohon yang berminat boleh mengemukakan permohonan mulai 6 Julai 2022 sehingga 17 Julai 2022 menerusi borang permohonan yang disediakan.

Skim Halimatul Saadiah 2022
Permohonan Skim Halimatul Saadiah 2022 : Untuk Pengasuh Di Rumah 8

Kelebihan Skim

Antara kelebihan yang diperoleh peserta skin ini adalah :

  1. Kursus disediakan.
  2. Bantuan wang tunai secara “One Off” sebanyak RM300.00.
  3. Graoup Whatsapp bersama pengasuh di seluruh Negeri Kelantan.

Syarat Kelayakan

Bagi syarat kelayakan yang telah ditetapkan kepada pemohon adalah :

  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Kelantan.
  2. Berumur 25 tahun ke atas.
  3. Sedang mengasuh sekurang-kurangnya 2 orang bayi atau kanak-kanak di rumah (anak atau cucu sendiri tidak diambil kira).
  4. Mempunyai pengalaman mengasuh sekurang-kurangnya 1 tahun.
  5. Berminat untuk terus menjadi pengasuh di rumah.
Permohonan Skim Halimatul Saadiah 2022 : Untuk Pengasuh Di Rumah 4
Permohonan Skim Halimatul Saadiah 2022 : Untuk Pengasuh Di Rumah 9

Cara Mohon Skim Halimatul Saadiah 2022

Bagi mereka yang berminat, permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah seperti berikut :

  1. Muat turun borang permohonan di pautan ini = https://drive.google.com/file/d/1qOqvr7Bb3GKqkf4rn3Ke7emCKahniXdT/view?fbclid=IwAR30EpGt6wyjSzai36752GtRMebpq8gY8sUw2XOhcbRJ-s-u5Q-tAxAagC4
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan melalui serahan tangan pos, faks atau email ke alamat :

    Unit Pembangunan Keluarga,
    Pejabat Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan
    Wanita Kerajaan Negeri Kelantan,
    Aras 2, Blok 2, Kompleks Kota Darul Naim,
    15503 Kota Bharu, Kelantan.
    No. Faks : 09-7481959
    Alamat email : [email protected]
Permohonan Skim Halimatul Saadiah 2022 : Untuk Pengasuh Di Rumah 6
Permohonan Skim Halimatul Saadiah 2022 : Untuk Pengasuh Di Rumah 10

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar dalam permohonan Skim Halimatul Saadiah 2022 adalah :

  1. Borang permohonan yang lengkap.
  2. 1 keping gambar pemohon (saiz paspot@3R).
  3. 1 keping gambar tempat mengasuh beserta kanak-kanak yang dijaga.
  4. 1 keping salinan kad pengenalan pemohon.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan lanjut dan maklumat lanjut mengenai Skim Halimatul Saadiah 2022, sila hubungi Unit Pembangunan Keluarga ditalian 013-9836915 atau 09-7476568.

Soalan Lazim

Bilakah tarikh permohonan skim ini ?

6 Julai 2022 hingga 17 Julai 2022.

Berapakah had umur untuk memohon permohonan ini ?

Berumur 25 tahun ke atas.