Permohonan Nikah Online 2021 Malaysia (Seluruh Negeri)

Perkahwinan adalah perkara yang dituntut dalam islam. Prosedur perkahwinan pula adalah berbeza bagi setiap negeri di Malaysia.

Di kala pandemik melanda Malaysia, prosedur penikahan juga telah berubah.

Kini permohonan kebenaran untuk berkahwin online diperkenalkan oleh JAKIM

Kali ini kami kongsikan borang permohonan Nikah online JAKIM 2021.

Untuk info, permohonan kahwin online ini hanya untuk negeri Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan, Melaka, Perlis, Kedah dan Perak.

Bagi negeri lain, anda boleh rujuk jabatan agama di negeri/ daerah anda mmasing-masing.

Anda boleh muat turun borang nikah ini kemudian isi. Pastikan semua borang yang terdapat di dalam senarai semak telah dipenuhi.

Nikah online malaysia

Borang Nikah Online Seluruh Negeri Malaysia 2021 (JAKIM)

Sebelum anda mengisi borang secara online, baca dan fahami terlebih dahulu manual pengguna prosedur bernikah online.

Lihat sini manual pengguna

Untuk daftar dan isi borang online nikah, layari: https://www.sppim.gov.my

Adakah dibenarkan untuk nikah ketika PKP kini?

Dibenarkan mengikut prosedur dan SOP yang ditetapkan.