Skim Peduli Sihat kini telah dijenamakan semula menjadi “Iltizam Selangor Sihat.” Maklumat lanjut mengenai permohonan dan cara semakan Iltizam Selngor Sihat boleh diperolehi di : http://pedulisihat.com/
——-
Skim Peduli Sihat, adalah program yang diwujdukan oleh kerajaan Negeri Selangor.
Skim ini adalah berbentuk pembiayaan kos rawatan kesihatan bagi 85 ribu keluarga di Selangor. Ataupun meliputi lebih 1 juta rakyat Selangor.
Skim ini menawarkan sebanyak RM500 setahun bagi keluarga dan RM250 bagi individu. Ianya terhad bagi RM70 bagi satu kali rawatan.
Bantuan yang diberikan ini termasuklah perlindungan peribadi sebanyak RM5000 dan kos pengebumian RM500. Selain itu terdapat juga kos perlindungan bagi penyakit kritikal RM5000.
Kini anda sebagai rakyat Selangor bolehlah mula membuat permohonan skim ini.
Sebelum membuat permohonan, ketahui dahulu apakah syarat-syarat kelayakan untuk Skim Peduli Sihat 2020 ini.
Syarat-syarat kelayakan
Untuk melayakkan anda memohon skim ini, anda haruslah menepati kriteria seperti berikut:
- Waganegara Malaysia.
- Lahir di Negeri Selangor. atau,
- Menetap 10 tahun di Selangor.
Kategori A: Berkahwin
- Pendapatan isi rumah kurang daripada RM200 sebulan.
Kategori B: Bujang / Individu
- Pendapatan kurang daripada RM1500.
Permohonan Skim Peduli Sihat Selangor 2023
Anda menepati kriteria yang disebutkan di atas? Jika ya, anda boleh teruskan untuk membuat permohonan.
Cara permohonan adalah seperti berikut:
- Layari: https://member.pedulisihat.com/site/createMember
- Isi borang permohonan tersebut secara online.
- Selesai.
Selain cara online, boleh juga buat permohonan secara manual.
Dapatkan borang permohonan di sini: https://pedulisihat.com/img/membership_registration_forms.pdf
Atau boleh juga dapatkan di Pejabat Ahli Dewan Negeri Selangor.Lihat sini senarai pejabat.
Antara dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan adalahl;
- Borang pendaftaran Skim Peduli Sihat yang lengkap diisi.
- Salinan kad pengenalan ketua keluarga/ individu.
- Salinan kad pengenalan/ surat beranak bagi tanggunggan (Kategori A sahaja)
- Salinan slip gaji / pencen.
- Salinan penyata EA / KWSP (bagi bekerja sendiri / swasta)
Semakan Status Kelayakan Permohonan
Setelah mengisi borang, anda boleh membuat semakan keputusan Skim Peduli Sihat anda.
Caranya adalah, layari laman web https://pedulisihat.com/kelayakan.html
Masukkan no kad pengenalan pada ruangan semakan kelayakan.
Keputusan permohonan anda akan dipaparkan, sama ada permohonan anda lulus atau sebaliknya.
Jika saya ada pertanyaan mengenai Skim Peduli Sihat, siapakah yang boleh dihubungi?
Hubungi 03 – 5525 6600
Emel: [email protected]
Berapakah had pembiayaan setahun bagi berkeluarga?
RM500 setahun.
Berapakah had pembiayaan setahun bagi individu?
RM200 setahun.
Berapakh had pembayaran setiap kali rawatan?
RM70 setiap rawatan.
Bagi rakyat Selangor, juga jangan lupa untuk membuat permohonan BPR yang dibuka pada Januari hingga Februari 2021.