Semakan Bil Astro dan Cara Membayar Secara Online

Astro merupakan perkhidmatan siaran televisyen berbayar di Malaysia. Ramai rakyat Malaysia yang melanggan perkhidmatan Astro. Jika sebelum ini anda membayarnya dengan terus ke kaunter, pada artikel kali ini kami kongsikan cara untuk anda membuat semakan bil Astro dan membayar secara online.

Pembayaran melalui Astro Quick Pay

Astro Quick Pay ialah cara senang untuk membuat semakan Ringkasan Bil astro, Status Akaun dan membayar bil Astro mengikut cara anda dengan kemaskini pembayaran secara segera, terus dari rumah. Layari Astro Quick Pay untuk membayar bil astro anda sekarang.

๐Ÿ“šJoin Telegram untuk lebih info bantuan.

Semakan Bil Astro dan Cara Membayar Secara Online 2

Cara mengetahui nombor akaun Astro

Nombor akaun Astro anda mempunyai 10 digit kesemuanya, sebagai contoh. 08XXXXXXXXX. Anda boleh log in ke Astro Self Service atau rujuk pada bahagian kanan atas bil astro yang anda terima.

Semakan Bil Astro dan Cara Membayar Secara Online 4

Cara Pembayaran

Terdapat beberapa cara pembayaran yang diterima melalui Astro Quick Pay.Ianya adalah;

  • Kad kredit atau debit
  • Visa
  • Mastercard
  • AMEX
  • Maybank2U – Bayar dengan akaun Maybank2U anda.
  • FPX – Bayar dengan mana-mana akaun bank tempatan melalui FPX.
  • E-Wallet
  • Touch n Go
  • Grab Pay
  • Boost

Whatsapp Astro

Astro menyediakan servis whatsapp yang mana pelanggan boleh menghantar mesej melalui aplikasi Whatsapp. Klik https://api.whatsapp.com/send?phone=60395433838&text=Hi

Login My Astro

My Astro adalah portal untuk menguruskan akaun Astro anda. Di mana anda boleh memilih pek langganan, melihat bil, senarai pembyaran dan lain-lain. Anda boleh login ke dalam My Astro dengan menggunakan Astro ID.

Astro ID ialah akaun yang anda pakai untuk log in dan mentadbir semua servis Astro anda secara online. Astro ID boleh digunakan untuk kesemua aplikasi dan portal Astro berikut:

  • My Astro
  • Astro GO
  • HBO GO
  • Disney+ Hotstar
  • iQIYI
  • TVBAnywhere+
  • beIN Sports Connect
  • SYOK App
  • AWANI App
  • Laman Web Astro
  • Portal-portal Ideaktiv

Anda boleh membuat sendiri Astro ID menggunakan nombor telefon atau alamat e-mel anda pada pautan https://id.astro.com.my/signup . Untuk melindungi Astro ID anda, sila teruskan ke panduan seterusnya dan pautkan ID tersebut ke nombor akaun Astro anda (10 digit) atau nombor Kad pintar (12 digit).

Cara Daftar Astro ID

Klik https://id.astro.com.my/signup untuk membuat Astro ID. Ikuti panduan di bawah untuk pendaftaran Astro ID.

  • Step 1: Klik โ€œCipta sekarangโ€ atau login menggunakan akaun meda Sosial anda (contoh. Facebook, Google, Apple).
  • Step 2: Cipta Astro ID dengan email atau nombor telefon anda dan tetapkan password anda.
  • Step 3: isikan nombor MyKad/Pasport anda diikuti dengan nombor akaun Astro atau nombor kad pintar untuk melindungi Astro ID anda.
  • Step 4: Isikan kod pengesahan yang dihantar melalui email atau Sistem Pesanan Ringkas (SMS) untuk mengaktifkan akaun anda.
  • Step 5: Anda sudah bersedia untuk mengurus akaun anda atau menstrim rancangan di Astro GO dengan Astro ID anda!

Artikel lain: