PeKa B40 Semakan Kelayakan dan Permohonan Tahun 2023

Satu skim kesihatan yang diwujudkan sebagai satu inisiatif membantu golongan B40 telah diperkenalkan kerajaan. Ianya diberi nama sebagai PeKa B40. Selain itu ianya berfungsi sebagai medium menampung keperluan kesihatan golongan yang rendah pendapatan.

Apakah itu PeKa B40?

Skim Peduli Kesihatan buat Kumpulan B40 (PeKa B40) ianya merupakan satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berfungsi untuk untuk meringankan dan tampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi perhatian kepada penyakit tidak berjangkit (NCD).

Kepada siapa PeKa B40 ditawarkan?

  • PeKa B40 diberikan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam kelompok pendapatan isi rumah 40% terendah, yang dipanggil juga sebagai kumpulan B40.
  • Penerima Bantuan Tunai Rakyat (BTR) (sebelum ini dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)) serta suami/isteri, yang berumur 40 tahun dan ke atas, secara terus layak menjadi penerima PeKa B40.
  • Tiada pendaftaran atau permohonan khusus perlu untuk menjadi penerima PeKa B40.

Manfaat PeKa B40

Antara manfaat diperolehi selepas menjadi penerima PeKa B40 adalah;

  • Saringan kesihatan percuma
  • bantuan alat perubatan
  • Bantuan melengkapkan jumlah rawatan kanser
  • Bantuan tambang pengangkutan.

Cara Semakan Kelayakan PeKa B40

Berikut adalah cara untuk membuat semakan dan mendapat manfaat PeKa B40.

Cara semakan PeKa B40

Semakan

Lawat klinik

Jika layak, lawati Klinik PeKa B40 berdekatan anda yang boleh diketahui dengan sticker logo PeKa B40. Pastikan anda bawa bersama Kad pengenalan (MyKad) untuk pengesahan.

Pemeriksaan

Pemeriksaan kesihatan akan dijalankan semasa lawatan pertama di klinik.

Susulan

Lawatan kali kedua bagi mendapatkan keputusan makmal daripada doktor dan juga rawatan susulan samada rujukan ke Fasiliti KKM atau Program Sihat Cergas KKM.

Senarai Klinik PeKa B40

Terdapat lebih 3 ribu klinik yang menyediakan perkhidmatan bagi penerima PeKa B40. Senarai tersebut boleh anda cari mengikut

  • nama kliknik
  • alamat
  • poskod
  • bandar
  • negeri

Carian boleh dibuat pada laman web https://bms.pekab40.com.my/provider

bagi klinik yan gingin mendaftar di bawah prgoram ini, boleh ikuti langkah ini.

  • Klik butang Daftar Klinik
  • Baca semua Terma & Syarat dan pilih ‘Agree’.
  • Isi borang yang diberikan dengan lengkap.
  • Muat naik semua dokumen yang perlu ke dalam sistem permohonan.
  • ProtectHealth akan membuat penilaian dan meluluskan permohonan
  • Setelah lulus, klinik swasta akan menerima satu email pemberitahuan berserta link untuk formalisasi pendaftaran
  • Selepas membuat pendaftaran, muat turun e-LOA dari sistem dan tandatangan dokumen Declaration of Acceptance.
  • upload semula dokumen yang telah ditandatangani ke dalam sistem permohonan.

Syarikat yang mengurus Peka B40

ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth) tertubuh pada 19 Disember 2016 sebagai sebuah anak syarikat milik penuh ProtectHealth Malaysia (PHM) yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sebagai sebuah syarikat yang tidak berasaskan keuntungan, ProtectHealth menyelaras, mentadbir dan menguruskan bantuan yang berkaitan dengan pembiayaan perkhidmatan penjagaan kesihatan sepertimana ditugaskan oleh KKM.

Antara program yang diuruksna PrtectHealth adalah;

  • Peka B40 : Skim Peduli Kesihatan Untuk Kumpulan PeKa B40.
  • SPIKPA ESP: Skim Perlindungan Insrans Kesihatan Pekerja Asing

Nombor dihubungi

Jika terdapat sebarang persoalan mengenai program ini, boleh hubungi:

ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd.
Anak syarikat milik penuh ProtectHealth Malaysia, ditubuhkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
Alamat
F01 & F02, Tingkat 1, Blok 2300,
Century Square, Jalan Usahawan,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan​

Nombor telefon+603-8687 2525

Waktu beroperasi :
8:30pagi – 5:30petang (Isnin – Jumaat)
9:00pagi – 4:00petang (Ahad)
Tutup pada Sabtu dan Cuti Umum

Emel
[email protected]

Emel Khas program
[email protected] [email protected] [email protected]

artikel lain: