Solat Jenazah: Panduan,Niat, dan Cara Mengerjakannya

Solat Jenazah adalah solat yang dilakukan ke atas si mati. Hukum menunaikannya adalah fardhu kifayah. Ini bermaksud jika di suatu kawasan tersebut ada yang melakukannya, maka orang lain terlepas kewajiban untuk melaksanakannya.

Di sini kami kongsikan secara ringkas cara untuk solat jenazah.

Artikel lain: Cara Solat Dhuha

Rukun Solat Jenazah

Ada 7 rukun di dalam solat jenazah, iaitu:

  1. Niat
  2. Berdiri tegak. Perlu diingat, Solat Jenazah tidak ada rukuk mahupun sujud. Ianya dilakukan hanya dalam keadaan berdiri.
  3. Takbir sebanyak 4 kali.ianya termasuk takbir pertama (takbiratulihram)
  4. Baca Al-fatihah selepas takbir pertama.
  5. Ucap Selawat selepas takbir kedua (Allahumma salli ala muhammad waala ali muhammad.)
  6. Doa kepada Jenazah selepas takbir ketiha
  7. Salam selepas takbir keempat.

Untuk memudahkan pengurusan jenazah boleh dapatkan set pengurusan jenazah.

Niat Solat Jenazah

Lafaz niat solat jenazah berbeza bagi jenazah lelaki atau perempuan.

Niat Solat Jenazah Lelaki

Solat Jenazah: Panduan,Niat, dan Cara Mengerjakannya 2
Sumber: Akuislam

Cara Mengerjakan Solat Jenazah

  1. Berdiri tegak dan membaca niat.
  2. Membaca surah al-fatihah.
  3. Angkat takbir kedua dan baca selawat (Allahumma salli ala muhammad waala ali muhammad)
  4. Angkat takbir ketiga, diikuti doa buat si mati.

Doa Jenazah lelaki.

Solat Jenazah: Panduan,Niat, dan Cara Mengerjakannya 4
Doa jenazah Perempuan
Solat Jenazah: Panduan,Niat, dan Cara Mengerjakannya 6
5. Angkat takbir keempat dan memberi salam.

Namun, anda disunatkan untuk membaca doa sepertivdi bawah ini selepas takbir keempat (sebelum memberi salam).

Solat Jenazah: Panduan,Niat, dan Cara Mengerjakannya 8
Solat Jenazah: Panduan,Niat, dan Cara Mengerjakannya 13

Kedudukan Jenazah Ketika Solat

Anda boleh rujuk gambar ginkas seperti di bawah ini untuk menentukan kedudukan jenazah ketika disembahyangkan.

kedudukan solat jenazah
Solat Jenazah: Panduan,Niat, dan Cara Mengerjakannya 14

Cara Solat Jenazah Ghaib

Solat jenazah ghaib bermaksud solat yang dilaksanakan di negeri yang lain yang berada jauh dari negeri asalnya.


Cara-cara Solat Jenazah Ghaib :

Pelaksanaan Solat jenazah ghaib adalah sama dengan solat jenazah biasa.


Pertama :

Takbiratul ihram sambil berniat solat jenazah. Contoh lafaz niat adalah seperti berikut :
“Sahaja aku solat ke atas mayat ini fardhu kerana Allah Taala”.


Kedua :

Setelah bertakbir, letakkan kedua-dua tangan ke dada sebagaimana solat biasa,
kemudian bacalah fatihah.


Ketiga :

Setelah selesai membaca al-Fatihah, bertakbir pula kali kedua sambil mengangkat
kedua-dua tangan hingga ke cuping telinga, kemudian meletakkannya semula ke dada, dan
bacalah selawat ke atas Nabi SAW. Selawat yang afdhal ialah selawat ibrahimiyyah
sebagaimana yang telah disebutkan dalam bab hukum solat.


Keempat :

Bertakbir kali ketiga dan diikuti dengan mendoakan mayat.


Kelima :

Bertakbir kali keempat, kemudian berdoa :

Solat Jenazah: Panduan,Niat, dan Cara Mengerjakannya 11
Solat Jenazah: Panduan,Niat, dan Cara Mengerjakannya 15


Keenam :

Mengucap salam sebanyak dua kali, iaitu ke kanan dan ke kiri sebagaimana salam
solat-solat yang lain.

  • Solat jenazah ghaib boleh dilakukan pada bila-bila masa setelah jenazah dimandikan. Syaratnya
  • juga mestilah solat jenazah itu dilakukan di negeri yang lain daripada tempat jenazah itu berada.
  • Manakala pelaksanaannya sama seperti solat jenazah yang biasa yang dilaksanakan dengan cara berdiri tanpa rukuk, sujud dan duduk.

Apakah hukum wanita mengerjakan solat jenazah?

Hukumnya adalah harus.

Siapakah lebih afdal menjadi iman sembahyang jenazah?

Waris (ahli keluarga ) adalah lebih afdhal untuk menjadi imam.