Solat Dhuha: Cara, Niat dan Doa Dhuha Rumi

Artikel kali ini kami kongsikan panduan serta cara mengerjakan solat dhuha.Solat dhuha ada solat sunat yang dikerjakan pada waktu pagi. Ianya di anatara solat fardhu subuh dan zuhur.

Banyak kelebihan mengerjakan solat sunat dhuha ini. Antaranya ianya dinukilkan di dalam hadis .

๐Ÿ“šJoin Telegram untuk lebih info bantuan.

Menjadi satu kemestian bagi setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah supaya mengerjakan solat sunat Dhuha pada setiap hari. Ini disebabkan, ia adalah sebagai satu tanda kita bersyukur kepada Allah SWT atas segala nikmat-nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita hatta nikmat sendi-sendi di dalam badan kita ini.

Akhirnya, marilah bersama kita cuba amalkan dan beristiqamah dalam mengerjakan solat sunat Dhuha ini di waktu kehidupan seharian kita meskipun hanya dua rakaat sebab itu lebih disayangi oleh Allah SWT seperti diriwayatkan oleh Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: โ€œAmalan yang paling disukai oleh Allah SWT adalah yang berterusan dilakukan oleh pelakunya walaupun ia sedikit.โ€ [Riwayat Muslim (783)]

Bilakah Solat Dhuha Dikerjakan?

Solat dhuha dilakukan ketika matahari telahpun naik pada waktu pagi. Ianya sekitar 20 hingga ke 30 minit selepas matahari terbit.Tempoh dibolehkan solat dhuha ini berterusan hingga gelincir matahari (Masuk waktu Zohor).

Waktu dhuha tamat ketika masuknya waktu fardhu Zohor.

Jika seseorang itu bersolat dengan lapan rakaat solat dhuha ini pada waktu yang berlainan namun masih berada dalam tempoh masa solat dhuha maka ia adalah dibolehkan. Namun perbuatan ini dikategorikan sebagai khilaf al-awla (menyelisihi yang lebih utama) kerana petunjuk Nabi S.A.W yang diambil daripada beberapa riwayat menceritakan bahawa baginda solat pada waktu yang sama, dan ianya tidak dipisahkan dalam tempoh yang panjang antara keduanya.

Kami berdoa kepada Allah S.W.T agar memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Amiin.

Berapa Rakaat Solat Dhuha?

Solat dhuha dilakukan sama ada 2,4,6, atau 8 rakaat.

Salam pula dilakukan setiap 2 rakaat.

Niat Solat Dhuha

Lafaz niat solat dhuha:

niat solat dhuha

Cara Menunaikan Solat Sunat Dhuha

  1. Takbiratul Ihram – (baca niat dalam hati semasa mengangkat takbir).
  2. Baca doa iftitah.
  3. Baca Alfatihah
  4. Baca surah. (Boleh baca apa-apa surah yang kita tahu. Namun ulamak menganjurkan membaca surah As-Syams).
  5. Rukuk dan sujud sehingga selesai rakaat pertama.
  6. Rakaat kedua membaca Al fatihah dan surah Ad dhuha. (namun Boleh membaca surah selain ini jika tidak menghafalnya.)
  7. Rukuk dan sujud
  8. Ber salam.
  9. Selesai

Baca doa mengikut doa sendiri, boleh rujuk doa selepas solat ataupun baca doa yang dianjurkan seperti dibawah ini:

doa lepas solat sunat dhuha

Doa Dhuha Rumi

Berikut adalah bacaan doa dhuha dalam tulisan rumi:

  • Allahumma Innadh Dhuha-A Dhuha-Uka,
  • Wal Bahaa-A Bahaa-Uka,
  • Wal Jamaala Jamaaluka,
  • Wal Quwwata Quwwatuka,
  • Wal Qudrata Qudratuka,
  • Wal Ishmata Ishmatuka,
  • Allahuma Inkaana Rizqi Fis Samma-I Fa Anzilhu,
  • Wa Inkaana Fil Ardhi Fa-Akhrijhu,
  • Wa Inkaana Muโ€™asiran Fayassirhu,
  • Wa Inkaana Haraaman Fathahhirhu,
  • Wa Inkaana Baโ€™idan Fa Qaribhu Bihaqqiduhaa-Ika Wa Bahaaika,
  • Wa Jamaalika Wa Quwwatika Wa Qudratika,
  • Aatini Maa Ataita Ibadikash Shalihin.

Anda boleh sama-sama membaca doa dhuha ini berpandukan audio/ video di bawah ini:

Kelebihan Menunaikan Solat Dhuha

Antara kelebihan yang diperolehi menunaikan solat dhuha adalah:

1.Meneruskan wasiat dan sunnah rasulullah.
2. Dipermudah dan dimurahkan rezeki.
3. Mendekatkan diri kepada sang pencipta.
4. Diampunkan dosa.

Berapa rakaatkah solat dhuha?

Ianya boleh dikerjakan sebanyak 2,4,6, atau 8 rakaat.

Jika saya tidak hafal surah yang disarankan, bolehkah saya membaca surah lain?

Ya boleh. Beribadat ini amat mudah. Namun kita tidak boleh mengambil mudah.