Disebabkan sambutan menggalakkan daripada rakyat Malaysia pelaksanaan diskaun saman trafik, ianya dilanjutkan lagi.
Pemberian diskaun ini dilanjutkan sehingga tarikh 31 Disember 2021. Hal ini disebabkan masih ramai orang yang tidak berpeluang untuk membuat pembayaran.
Mereka tidak berpeluang membuat bayaran disebabkan oleh kaunter pembayaran yang sentiasa penuh dan juga sistem online yang tidak boleh diakses.
Ketua Polis Negara dalam satu kenyataan media berharap, agar dengan pelanjutan ini akan dapat memberi lagi peluang dan ruang kepada rakyat yang ingin membayar saman dengan harga diskaun.
Cara Semakan Dan Bayaran Saman
Cara semak dan bayar saman trafik PDRM secara mudah adalah dengan pasang aplikasi ini di telefon bimbit anda:
Anda perlu mendaftar terlebih dahulu menggunakan nombor kad pengenalan anda.
Selepas berjaya, anda perlu log in untuk melihat senarai saman yang dikenakan di bawah nama atau nombor plat kenderaan anda.
Selain itu, terdapat juga fungsi untuk anda terus membuat pembayaran secara online.
Jom join kami di channel telegram t.me/portalsemakandotcom untuk info lain mengenai bantuan untuk rakyat.
Bilakah tarikh akhir pemberian diskaun saman ini?
31 Disember 2021
Bagaimanakah semak saman yang dikenakan?
Lihat panduan yang kami sediakan.
Berapakah kadar diskaun yang diberikan?
70%- 80%