Malaysia Tumpaskan Laos Dalam Saingan AFF Kumpulan B

Harimau Malaya berjaya menumpaskan Laos dalam saingan kumpulan B Piala AFF 2020. Malaysia mendapat kemenangan besar dengan 4-0 ketika beraksi di Stadium Bishan, Singapura pada 9 Disember 2021.

Safawi Rashid menjadi penajring pertama pada awal minit ketujuh selepas menerima hantaran daripada Arif Aiman Hanapi.

Pada minit ke-34, sekali lagi Safawi meledak gol kedua buat Harimau Malaya.

Malaysia meneruskan lagi pesta gol apabila pada minit ke 78, Shahrul Saad menjaring gol ketiga.

Kemudian Safawi melengkapkan hatrik pada perlawanan ini dengan membuat sepakan pada minit ke-80.

Kemenangan ini membolehkan Malaysia terus kekal pada tangga teratas di kumpulan B dengan mata sebanyak 6.

Harimau Malaya akan berhadapan dengan juara bertahan pada Ahad ini menentang Vietnam dan akan menentang Indonesia pada 19 Disember yang mana ianya adalah perlawanan terkahir Malaysia di dalam kumpulan B.