Ucapan Tahun Baru 2022: Koleksi Text, Pantun Whatsapp Buat Kenalan

Tahun 2021 melabuhkan tirainya. Kini tiba tahun 2022 pula menjengah tiba.

Disaat kita menyambut tahun baru, pastinya kita akan menitipkan kata-kata ucapan buat kenalan kita tidak kiralah kaum keluarga, sahabat handai, yang tersayang, mahupun buat mereka yang teristimewa.

Di sini kami kongsikan koleksi ucapan-ucapan tahun baru 2022 yang boleh anda hantar melalui mesej, DM, whatsapp, telegram dan sebagainya.

Koleksi Ucapan tahun Baru 2022

Makan nasi dengan maggi samyang
Ditambah pula air cola
Selamat tahun baru sayang
Tahun Ini Azam Apa pula?

Jalan-jalan naik kereta
Naik kereta terlanggar biawak
Selamat tahun baru cinta
Tak sabar nak jumpa awak

Kuih bahulu cicah kaya
Sepuluh jari kuhulur padamu
Ini bukan pantun raya
Saja nak ucap selamat tahun baru untukmu

Jalan ke pekan berdua-dua
Singgah sebentar membeli tapai
Selamat tahun baru 2022
Semoga azam akan tercapai

  • Tahun baru ibarat membuka lembaran baru berupa kertas kosong, kertas yang akan kita coretkan, goresan pena yang indah, dan makna kehidupan yang akan datang.
  • Semoga awal yang memang indah dari segala keindahan. Selamat Tahun Baru 2022.
  • Selamat Tahun Baru! Aku berharap semua impianmu menjadi kenyataan di tahun baru ini, seterusnya dan seterusnya!
  • Selamat Tahun Baru untukmu! Semoga tahun yang akan datang memberikan keberkatan dan kedamaian!
  • Semoga tahun baru ini memberimu banyak kegembiraan dan kesenangan. Semoga kamu menemukan kedamaian, cinta, dan kejayaan. Aku kirimkan ucapan tahun baru ini seiklhlas hatiku.
  • Hari ini adalah kenyataan. Kemarin adalah kenangan. Esok adalah harapan. Happy New year 2022.
  • Hari berganti, Bulan berganti, Tahun pun berganti. Tahun baru dan tentunya selalu disertai harapan yang baru dengan semangat yang baru. Selamat Tahun Baru 2022.