Peringatan Diskaun 80% Saman Berakhir Pada 31 Disember 2021 (Semakan & bayar)

Seperti yang pernah diumumkan sebelum ini, diskaun bayaran saman telah diberikan kepada saman PDRM yang tertunggak.

Disebabkan sambutan yang menggalakkan, pemberian diskaun ini telah dilanjutkan lagi kepada tarikh baharu iaitu pada 31 Disember 2021.

Tahun 2021 bakal melabuhkan tiarinya. Artikel ini bertujuan sebagai peringatan mesra kepada mereka yang masih belum membuat bayaran saman.

Ini adalah peluang yang tidak akan hadir selalu. Jika anda telah membayar saman, rasa legalah seidkit.

Di sini kami kongsikan cara mudah untuk anda semak saman dan juga terus membayarnya secara online.

Semakan Saman dan Bayaran Secara Online

Anda boleh semak saman yang berada di bawah anda dengan melayari laman web https://mybayar.rmp.gov.my/en Daftar terlebih dahulu dan login ke dalam sistem mybayar saman ini.

mybayar saman
Peringatan Diskaun 80% Saman Berakhir Pada 31 Disember 2021 (Semakan & bayar) 3

Selain itu, anda juga boleh terus memasang aplikasi mybayar saman ini ke dalam telefon pintar anda. Klik pautan di bawah ini mengikut sistem operasi telefon anda.

Bilakah diskaun saman akan berakhir?

31 Disember 2021.

Apakah semua jenis saman akan mendapat diskaun?

Tidak. Bukan semua jenis saman.

Berapakah diskaun yang diberikan?

Diskaun sehingga 80%

BACA JUGA:  Semakan Tempat Mengundi dan Daftar Pemilih PRN 15 (2023)