BLP 2023: Permohonan dan Semakan Status (RM200 Sebulan)

By Editorial

Bantuan Latihan Perantis (BLP) akan memberikan kepada penerima sebanyak RM200 seorang mengikut syarat kelayakan yang telah ditetapkan.Bayaran akan dibuat sebulan sekali. Bantuan ini dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Jika anda seorang yang menepati syarat kelayakan yang ditetapkan, anda bolehlah membuat permohonan bantuan ini dengan cara melengkapkan borang permohonan dan kemudian bawa bersama dokumen diperlukan hantar ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di daerah anda menetap.

Apakah itu BLP?

BLP adalah satu bentuk bantuan yang bertujuan untuk membantu klien JKM ataupun anak-anak penerima bantuan JKM yang tercicir darripada persekolahan dan tidak mempunyai pekerjaan (menganggur) serta merupakan bekas pelatih dan penghuni institusi kebajikan,

Setiap penerima Bantuan Latihan Perantis BLP akan mendapat wang bantuan sebanyak RM200. Bantuan ini akan diberikan setiap bulan sehinggalah syarat kelayakan penerima telah terbatal contoh telah mendapat pekerjaan.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakn program BLP ini adalah seperti berikut:

  • Merupakan seorang warganegara Malaysia
  • Merupakan seorang anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/bekas penghuni dari institusi kebajikan.
  • Kes-kes seliaan akhlak
  • Merupakan seorang bekas pelatih perintah khidmat masyarakat.

artikel lain:

Cara Permohonan BLP 2023

Berikut adalah cara untuk anda membuat permohonan Bantuan Latihan Perantis ini.

Permohonan bantuan ini sepenuhnya dikendalikan di Pejabat Kebajikan Masyarakat daerah/ jajahan/ bahagian di seluruh negara. Anda perlu maklum bahawa setiap permohonan yang anda daftar akan dijalankan siasatan untuk tujuan penilaian untuk menentusahkan kelayakan kepada pemohon.

Permohonan dibuat dengan hadir ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat dan membawa dokumen sokongan yang diperlukan seperti:

  • Salinan kad pengenalan diri
  • Salinan kad pengenalan suami/isteri/ ibu/ bapa/ anak yang tinggal bersama.
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga
  • Salinan penyata gaji jika ada
  • Lain-lain dokumen hyang berkaitan

Cara permohonan adalah dengan melengkapkan borang berikut: https://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/JKM%2018%20BORANG%20PERMOHONAN%20BANTUAN(2).pdf

Ikuti juga t.me/portalsemakandotcom untuk info lain mengenai bantuan yang ada.

Semakan Status Permohonan

Semakan status permohonan BLP boleh dibuat dengan menghubungi pejabat JKM di nombor 03-8000 8000 ataupun boleh hantarkan email ke alamat [email protected]