Ura-ura mengenai Perodua Axia baru kini sudah terjawab. Perodua kini membuka tempahan bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan The All New Axia 2023. Umum mengetahui bahawa Perodua Axia generasi sebelumnya seakan seperti pisang goreng panas apabila menjadi antara kereta terlaris di Malaysia. Ianya terkenal dengan penjimatan petrol dan juga harga yang mampu milik.
Pada artikel kali ini kami kongsikan harga Axia 2023 mengikut vairan serta kami juga kongsikan serba ringkas mengenai spesifikasi setiap varian Perodua Axia 2023.
๐Join Telegram untuk lebih info bantuan.
Harga Perodua Axia 2023
Harga Perodua Axia baru adalah Model G = RM38,600. X=RM40,000. SE = RM44,000 , AV = RM49,500
Terdapat 4 model/ varian Perodua Axia 2023 iaitu;
- G
- X
- SE
- AV
Setiap model mempunyai harga dan spesifikasi yang berbeza.
Harga nya adalah seperti berikut:
Model | Harga |
G | RM38,600 |
X | RM40,000 |
SE | RM44,000 |
AV | RM49,500 |
Spesifikasi Setiap Model
Specs setiap model / varian Perodua Axia 2023 boleh dilihat pada brochure di bawah ini.
Antara ciri-ciri utama Axia 2023 ini adalah
- Penjimatan minyak sehingga 27.4Km/L
- Mempunyai Smart Drive Assist
- Dilengkapi dengan DRL (Daytime running lights)
- Kini dengan key-free entry
- Walaupun dengan saiz yang kecil, ianya dilengkapi dengan 6 beg udara.
- Disediakan dengan power mide drive.
- Multiinfo display sebesar 7 inci.
- Paparan audio sebesar 9 inci.
Warna Axia 2023
Seperti biasa, Perodua hadir dengan pelbagai pilihan warna iaitu;
- Coral blue
- Granite Grey
- Lava Red
- Glittering Silver
- Ivory White (solid)
artikel lain:
Gambar Axia 2023
Berikut adalah gambat Axia 2023 dalam (interior) dan luaran (exterior).
Mengenai Perodua Axia
Perodua Axia adalah model kereta jenis kompak yang dihasilkan oleh suarikat automotif Malaysia , Perdoua yang mana ianya mula dilancarkan pada tahun 2014.
Kereta ini menjadi salah satu pilihan pengguna yang paling popular di Malaysia. Saiz yang kompak dan mudah untuk masuk ke dalam petak parking antara kelebihan kereta ini. Selain itu juga harga yang ditawarkan berpatutan.
Kos penyelenggaraan yang rendah juga antara faktor ianya menjadi daya penarik pengguna di Malaysia.
Pada awal kemunculan, Perodua Axia mempunyai Varian transimis manual. Namun, bagi model facelift 2023, semuanya adalah dengan transmisi automatik (D-CVT).