Bank Simpanan Nasional adalah sebuah Bank yang dimiliki oleh Kerajaan Malaysia. Ianya mula ditubuhkan pada tahun 1974 dengan misi untuk memberikan perkhidmatan terbaik mengurus kewangan buat rakyat Malaysia.
Kini BSN mempunyai lebih daripada 200 cawangan yang terletak di seluruh negara dan setiap negeri serta daerah.
๐Join Telegram untuk lebih info bantuan.
Seperti Bank yang lain, BSN juga muncul dengan perbankan internet tersendiri yang diberi nama sebagai myBSN. Pada artikel kali ini kami kongsikan pautan untuk anda login ke dalam sistem myBSN serta bagaimana cara untuk mendaftar pertama kali sebagai pengguna.
Login BSN Online Banking (myBSN)
Cara untuk login ke dalam sistem BSN adalah seperti berikut:
- Layari laman web https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do
- Masukkan username anda dan klik login. Satu gambar pengesahan akan diberikan. Jika ianya gambar betul, teruskan dengan memasukkan kata laluan anda.
artikel lain:
Cara Daftar Pertama Kali myBSN Online Banking
Untuk mempunyai perbankan internet sendiri adalah satu kemestian diera ini. Begitu juga jika anda mempunyai akaun pada BSN. Daftarlah myBSN untuk menikmati perkhidmatan perbankan internet BSN. Berikut adalah cara untuk anda daftar myBSN.
- Layari laman web https://www.mybsn.com.my/mybsn/register/register.do
- Klik ‘accept’ pada terms and condition yang dipaparkan.Klik next.
- langkah pertama anda perlu memasukkan nombor debit kad. Nombor ini adalah 16 digit yang terdapat pada kad BSN yang anda perolehi ketika membuka akaun.
- Masukkan CVV2 selalunya ianya dipaparkan pada bahagian belakang kad.
- Masukkan expiry date.
- Langkah seterusnya adalah dengan memasukkan nombor kad pengenalan anda dan klik next.
- Ikuti langkah seterusnya sehinggalah anda selesai.
Perkara yang perlu ada sebelum anda boleh mendaftar myBSN adalah;
- nombor debit/ credit kad anda.
- Nombor pin 6 digit debit/ credit kad anda.
- Nombor telefon yang didaftarkan pada sistem BSN.