Cara Renew SSM Online Melalui EzBiz (Lesen Perniagaan)

Posted on

Informasi

Lesen SSM adalah satu lesen yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang mana ianya satu lesen menunjukkan sama ada individu atau organisasi berkenaan menjalankan perniagaan jenis apa dan siapakah pemilik perniagaanya.

Untuk makluman, Lesen SSM kini boleh diperbaharui hanya secara atas talian. Ianya lebih mudah tanpa anda perlu hadir ke pejabat SSM yang berhampiran anda. Di sini kami kongsikan cara untuk anda renew SSM secara online.

Jika dilihat, banyak syarikat yang menawarkan servis untuk memperbaharui syarikat. Namun, SSM sendiri menawarkan cara yang official dari laman web mereka untuk anda renew lesen terus dari skrin peranti anda dari rumah.

Apakah itu SSM?

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah badan berkanun yang ditugaskan untuk mengawal dan mengurus segala urusan berkenaan dengan pendaftaran syarikat di Malaysia. Ia juga bertanggungjawab untuk memastikan pematuhan syarikat terhadap undang-undang syarikat dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.

SSM pada mulanya hadir dengan nama Registrar of Companies (ROC) pada tahun 1965 dan berubah nama menjadi Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada tahun 2002. Ia berperanan penting dalam membangunkan ekonomi negara dan memastikan keselamatan pelaburan bagi pemegang saham dan pengguna jasa syarikat.

Proses Pendaftaran Syarikat

Proses pendaftaran syarikat melalui SSM boleh dilakukan secara atas talian melalui laman web rasmi SSM ( https://ssm.com.my). Langkah-langkah pendaftaran termasuk pemeriksaan nama, mengemuka borang pendaftaran, mengesah dokumen, dan bayaran yuran pendaftaran.

Setelah pendaftaran berjaya, syarikat akan mendapat nombor pendaftaran syarikat dan dokumen pendaftaran syarikat. Syarikat juga perlu membayar yuran tahunan kepada SSM bagi memastikan syarikat masih dapat beroperasi.

Cara Renew SSM Online

Ini adalah cara untuk renew SSM secara online. Pertama sekali, anda perlu mempunyai akaun dalam portal ezbiz.ssm.com.my . Jika belum ada, klik new user registration. Jika sudah ada akaun, boleh teruskan cara seperti berikut:

  1. Layari ezbiz.ssm.com.my
  2. Masukkan username anda.
  3. Masukkan password (kata laluan).
  4. Tulis kod verifikasi yang tertera dan klik login.
  5. Klik menus My business services > Renewal by Owner
  6. Pilih tempoh pembaharuan 1- 5 tahun.
  7. Teruskan ke untuk membayar.

Cara Renew SSM Online Melalui EzBiz (Lesen Perniagaan) 1
Cara renew SSM

Selain pemilik perniagaan, oran gyang dipertanggungjawabkan untuk membuat pembaharuan juga boleh melakukannya dengan pergi ke bahagian renewal by Person Responsible.

Antara wakil yang boleh membuat pembahruan ini adalah contohnya compilance officer ataupun syarikat yang anda bayar untuk melakukan servis pembaharuan ini.

Syarikat yang menawarkan servis ini juga melakukannya melalui lamanweb rasmi ezBiz SSM ini untuk renew lesen SSM client mereka.

artikel lain:

Cara Download Sijil Perniagaan SSM

Jika pembayaran telah selesai dan tidak ada sebarang masalah yang dihadapi, anda boleh memuat turun sijil SSM anda untuk tujuan dipaparkan ataupun dicetak di kedai anda. Cara untuk donwload sijil SSM ini adalah,

  1. login pada EZBIZ.SSM
  2. Pergi ke bahagian My Business Services.
  3. Klik Renewal Status / History
  4. Klik pada lesen anda.
  5. Klik butang edit (ikon pensel).
  6. Skrol ke bahagian bawah dan klik download certificate dan download Business Info.
  7. Selesai.
Cara Renew SSM Online Melalui EzBiz (Lesen Perniagaan) 3
butang download sijil SSM

Tags:

bantuan terkini