Pada artikel ini, kami kongsikan kadar zakat fitrah bagi seluruh negeri di Malaysia untuk tahun 2021.
Zakat fitrah adalah zakat yang diwajibkan (difardhukan) ke atas diri lelaki dan perempuan yang menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Kadar Zakat fitrah ini dikira mengikut satu gantang baghdad yang mana bersamaan dengan berat 2.7kg beras atau pun yang sama nilai denganya.

Bagaimanapun, kadar ini ditentukan oleh bahagian agama negeri masing-masing.
artikel lain: Semakan BPR 2021 Online
Kadar Zakat Fitrah 2021
Pada tahun 2020, terdapat beberapa negeri yang mengumumkan 2 harga zakat fitrah.
Ini kerana, nilai zakat yang lebih rendah adalah bagi golongan yang terjejas akibat COVID-19 dan Perintah kawalan pergerakan (PKP).
Anda boleh lihat kadar zakat fitrah pada jadual tertera di bawah ini:
Negeri | Kadar zakat (RM) |
Johor | 7.00 /10.00 |
Pahang | 7.00 |
Melaka | 7.00 / 14.00 |
Negeri Sembilan | 7.00 |
Kuala Lumpur | 5.00 / 7.00 |
Selangor | 7.00 / 14.00 / 21.00 |
Perak | 7.00 / 14.00 / 21.00 |
Terengganu | 7.00 |
Kelantan | 7.00 / 14.00 / 21.00 |
Pulau Pinang | 7.00 /16.00 |
Kedah | 5.00/ 7.00 /14.00 / 21.00 |
Perlis | 7.00 |
Sabah | 6.00 / 7.50 |
Sarawak | 7.00 |
Wilayah persekutuan Labuan dan Putrajaya | 5.00 / 7.00 |
Bilakah Waktu Membayar Zakat Fitrah?
Waktu pembayaran zakat fitrah boleh dibahagikan kepada 5 iaitu;
- Wajib: Terbenam matahari pada akhir ramadan sehinggalah terbiat fajar 1 syawal.
- Waktu afdal: Sebelum menunaikan sembahyang hari raya.
- Waktu sunat: Sepanjang bulan ramadhan
- Makruh: Selepas sembahyang sunat raya sehingga terbenam matahari pada 1 syawal.
- Haram: Selepas terbenam matahari pada satu syawal.
Maka dengan itu, adalah dinasihatkan untuk pembuat pembayaran zakat fitrah dengan lebih awal. Paling afdal dan terbaik adalah bayar pada bulan ramadan.
Jangan tunggu sehingga akhir ramadhan, barulah hendak membuat pembayaran.Ini kerana anda akan terlepas pandang dan mungkin terlupa.
Syarat Seseorang itu wajib Membayar Zakat
Syarat wajib individu bagi membayar zakat adalah:
- Individu yang ada lebihan makanan dan harta , dan cukup untuk tanggunganya pada malam raya dan pagi raya.
- Anak yang lahir sebelum terbenamnya matahari pada akhir bulan ramadan. Dan masih hidup pada pagi syawal.
- Memeluk islam pada tempoh pembayaran zakat wajib.
- Seseorang yang meninggal selepas matahari terbenam pada akhir bulan ramadhan.
Cara Pembayaran Zakat di Tahun 2021
Semua zakat kini dibayar secara online. Ini bagi mengelakkan pertembungan manusia, yang mana meningkatkan risiko penyebaran covid-19.