Niat Puasa dan Doa Buka Puasa 2025

Bulan ramadhan tiba lagi. Ahlan wa sahlan ya ramadhan. Di kesempatan ini, kami kongsikan niat berpuasa ramadhan serta bacaan doa berpuka puasa.Walaupun setiap tahun kita berpuasa, adakalanya kita terlupa akan bacaan niat dan doa berbuka puasa ini.Seperti yang kita tahu, kita akan berpuasa selama sebulan pada bulan ramadan. Dan ini wajib bagi seluruh umat muslim di seluruh dunia.

Niat Berpuasa Sebulan dan Sehari

Menurut jumhur ulamak mazhab syafie, niat berpuasa perlulah diperbaharui pada setiap malam untuk berpuasa. Namun tiada masalah untuk melakukan niat berpuasa sebulan sekaligus.

๐Ÿ“šJoin Telegram untuk lebih info bantuan.

Di sini kami kongsikan lafaz niat berpuasa bagi sebulan dan sehari.

Kami sertakan bacaan secara rumi /bahasa melayu bagi memudahkan mereka yang tidak boleh membaca arab.

  1. Cara Niat Sebulan Puasa Bulan Ramadan

ู†ูŽูˆูŽูŠู’ุชู ุตูŽูˆู’ู…ูŽ ุดูŽู‡ู’ุฑู ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽ ูƒูู„ู‘ูู‡ู ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰
Nawaitu Souma Syahri Ramadana Kullihi Lillahi Ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadan kerana Allah Taโ€™ala

  1. Cara Niat Harian Puasa Bulan Ramadan

ู†ูŽูˆูŽูŠู’ุชู ุตูŽูˆู’ู…ูŽ ุบูŽุฏู ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุฏูŽุงุกู ููŽุฑู’ุถู ุดูŽู‡ู’ุฑู ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽ ู‡ูŽุฐูู‡ู ุงู„ุณูŽู‘ู†ูŽุฉู ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰


Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-i Fardhi Syahri Ramadana Hazihis Sanati Lillahi Ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taโ€™ala

Bacaan Doa Berbuka Puasa

Doa berbuka puasa dibaca ketika hendak berbuka.

Selalunya bacaan doa berbuka akan disertai dengan doa makan.

Terdapat 2 ‘versi’ bacaan berbuka puasa. Satu ketika anda berbuka berseorangan, dan satu lagi jika berbuka ramai (lebih dari seorang).

Doa berbuka sendirian

doa berbuka puasa sendiri

 Allahumma Lakasumtu Wabika Aamantu Waโ€™alaa Rizqika Afthortu Birohmatika Yaa Arhamar Roohimiin .

Maksudnya: Ya Allah kerana Mu aku berpuasa, Dengan Mu aku beriman, kepada Mu aku berserah dan dengan rezeki Mu aku berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.

Doa Berbuka Beramai-ramai

doa berbuka beramai-ramai

Allahumma Lakasumna Wabika Aamanna Waโ€™alaa Rizqika Afthorna Birohmatika Yaa Arhamar Roohimiin

Maksudnya:

Ya Allah kerana Mu kami berpuasa, Dengan Mu kami beriman, kepada Mu kami berserah dan dengan rezeki Mu kami berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih

Kelebihan Berpuasa

Berpuasa merupakan amalan yang sangat penting dalam agama Islam. Selain dari segi keagamaan, berpuasa juga mempunyai banyak kelebihan dari segi kesihatan. Berikut adalah beberapa kelebihan berpuasa yang boleh diambil kira:

  1. Menurunkan berat badan: Berpuasa dapat membantu dalam proses penurunan berat badan kerana ia mengurangkan pengambilan makanan dan minuman sepanjang hari.
  2. Meningkatkan kesihatan jantung: Berpuasa dapat mengurangkan risiko penyakit jantung kerana ia mengurangkan tahap kolestrol dan tekanan darah.
  3. Meningkatkan sistem imun: Berpuasa dapat meningkatkan sistem imun kerana ia membantu dalam pembuangan toksin dari dalam badan.
  4. Meningkatkan konsentrasi dan fokus: Berpuasa dapat meningkatkan konsentrasi dan fokus kerana ia membantu dalam mengawal nafsu makan dan minum.
  5. Meningkatkan kesihatan mental: Berpuasa dapat meningkatkan kesihatan mental kerana ia dapat mengurangkan stress dan tekanan.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.