Semakan MAIDAM: Status Permohonan Zakat 2023

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) merupakan badan yang bertanggungjawab untuk menasihat dalam urusan semua perkara yang berkaitan hal ehwal agama, pembangunan syiar islam dan juga kesejahteraan sosio-ekonomi umat islam di Terengganu. Antara fungsi MAIDAM juga adalah sebagai medium permohonan zakat bagi merekayang layak.

Semakan MAIDAM Status Permohonan Zakat

Semakan boleh dibuat dengan melayari laman web http://www.espmb.com/maidam_zakat/SemakanLoginKP.aspx dan masukkan nombor kad pengenalan dan klik butang semak.Antara semakan yang boleh dibuat adalah berkaitan;

  • Semakan penerima bantuan ramadhan
  • Bantuan masjid/surau
  • permohonan bantuan bulanan, modal perniagaan, berhutang, baiki atau bina rumah, perubatan dan bencana alam.

Golongan menerima Zakat

Penerima Zakat MAIDAM dikategorikan seperti di berikut:

Fakir

Fakir adalah mereka yang beragama Islam yang tidak mempunyai harta atau pendapatan, atau ada harta atau pendapatan akan tetapi tidak mencapai 50% untuk menanggung keperluan asasi diri dan orang-orang yang ada di bawah tanggungannya.

Miskin

Miskin ialah beragama Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang cuma boleh menanggung lebih 50%, tetapi tidak mencapai 100 % untuk mencukupi keperluan asasi diri dan orang-orang yang ada di bawah tanggungannya.

Amil

Amil ialah individu atau organisasi yang diberikan tugas bagi menjalankan kerja-kerja urusan pungutan dan agihan zakat.

Muallaf

Muallaf ialah seseorang yang diberikan hidaya hatinya dan telah memeluk agama Islam, tetapi tahap keimanannya masih rapuh.

Ar-Riqab

Memerdekakan orang-orang Islam daripada belenggu perhambaan dan penaklukan sama ada dari segi belenggu fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu.

BACA JUGA:  Semakan Keputusan SPM 2021 : Tarikh Dan Cara Semak Keputusan

Al-Gharimin

Golongan yang berhutang untuk memenuhi sara hidup asas bagi kemaslahatan diri, keluarga dan tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan jalan keluar segera yang dibenarkan oleh hukum Syarak.

Fisabilillah

Mana-mana orang atau pihak yang terlibat dalam suatu aktiviti untuk menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.

Ibnussabil

Mana-mana orang yang berada dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh hukum Syarak dari mana-mana jua negeri atau negara yang memerlukan bantuan :• terputus bekalan dalam perjalanannya.
• Tidak dapat memanfaatkan hartanya untuk meneruskan perjalanan.
• Perlukan kemudahan asas dalam masalah perjalanan.
• Ditinggalkan dalam perjalanan.

artilel lain:

Proses Permohonan Zakat

Proses pemberian zakat kepada asnaf adalah mengikut carta aliran seperti berikut:

Semakan MAIDAM: Status Permohonan Zakat 2023 3
Semakan MAIDAM: Status Permohonan Zakat 2023 5