Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) merupakan sekolah yang mengkhususkan pelajar sekolah yang cemerlang untuk memasukinya. Setiap tahun pengambilan MRSM dibuka kepada semua murid yang layak dan berminat.
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) merupakan sekolah berasrama penuh di bawah kelolaan Majlis Amanah Rakyat (MARA).Sebagai salah sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), sistem pendidikan MRSM ini diwujudkan untuk merealisasikan matlamat MARA dalam melahirkan modal insan yang berdaya saing dan berdaya maju.Sistem pendidikan MRSM digubal dengan berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) berpaksikan pembinaan karakter para pelajar supaya mereka menjadi insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti.
๐Join Telegram untuk lebih info bantuan.
Untuk memasuki MRSM, satu ujian perlu dijalani oleh semua murid yang dipanggil sebagai Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM), Ujian Khas Ulul Albab/ Ujian Teknikal/ Ujian Khas IGCSE.
Semakan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 dan 4 Tahun 2023
Murid boleh mula membuat semakan mengenai ujian kemasukan ini bermula 23 November 202.Semakan boleh dibuat secara online melalui pautan berikut:
- Tingkatan 1 – https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf1/
- Tingkatan 4 – https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf4/
Cara semakan ujian kemasukan juga amat mudah iaitu anda hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan anda yang anda gunakan semasa membuat permohonan. Kemudian klik butang log masuk untuk semak status ujian kemasukan anda.
Tarikh Ujian Kemasukan MRSM
Tingkatan 1 | Tingkatan 4 |
Sesi Januari : 2 hingga 18 Januari 2023 | Sesi Januari : 2 hingga 18 Januari 2023 |
Sesi Februari : 6 hingga 17 Februari 2023 | Sesi Februari : 6 hingga 17 Februari 2023 |
Berikut adalah arahan yang perlu diikuti oleh calon.
- Semua calon yang lengkap mengisi borang akan dipanggil untuk menduduki ujian ini.
- Ujian ini akan dilaksanakan secara berperingkat.
- Tidak semua ujian dilakukan pada hari yang sama.
- Semakan boleh dibuat pada laman rasmi www.mara.gov.my
- Calon perlu hadir pada tarikh ujian yang ditetapkan.
- Pertukaran tarikh , masa dan pusat ujian adalah tidak dibenarkan.
- Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai ujian kemasukan ini, bolehlah hantar email ke [email protected]
Lokasi Setiap MRSM
Berikut adalah lokasi setiap MRSM yang terdapat di Malaysia. Senarai MRSM di Malaysia:
- MRSM BATU PAHAT , JOHOR
- MRSM MERSING, JOHOR
- MRSM MUAR, JOHOR
- MRSM BALING, KEDAH
- โขMRSM MERBOK, KEDAH
- MRSM PDRM KULIM, KEDAH
- MRSM PENDANG, KEDAH
- MRSM JELI, KELANTAN
- MRSM KUALA KRAI, KELANTAN
- MRSM PASIR TUMBOH, KELANTAN
- MRSM TERENDAK, MELAKA
- MRSM SERTING, NEGERI SEMBILAN
- MRSM MUADZAM SHAH, PAHANG
- MRSM TUN GHAZALI SHAFIE, PAHANG
- MRSM ARAU, PERLIS
- MRSM GERIK, PERAK
- MRSM LENGGONG, PERAK
- MRSM PASIR SALAK, PERAK
- MRSM PENGKALAN HULU, PERAK
- MRSM SULTAN AZLAN SHAH, PERAK
- MRSM TRANSKRIAN, PULAU PINANG
- MRSM BETONG, SARAWAK
- MRSM KUCHING, SARAWAK
- MRSM MUKAH, SARAWAK
- MRSM KOTA KINABALU, SABAH
- MRSM TUN MUSTAPHA, SABAHโข MRSM BESUT, TERENGGANU
- MRSM KUALA BERANG, TERENGGANU
- MRSM KUALA TERENGGANU, TERENGGANU