SSDM: Login Sistem Sahsiah Diri Murid 2023

Posted on

Pendidikan

Sistem Salahlaku Disiplin Murid / Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) berasaskan web berobjektifkan untuk mendaftarkan rekod data masalah disiplin murid di seluruh Malaysia melalui pautan yang mudah dan berkesan. SSDM boleh memudahkan dalam menyedia data yang lengkap dan terkini di mana ianya secara langsung akan boleh membantu pengurusan di semua peringkat membuat perancangan untuk menangani dan mengawal masalah disiplin murid dengan lebih bijak,teratur, baik dan berkesan.

Terdapat 4 tahap pengguna dalam SSDM

  • i) Sekolah
  • ii) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
  • iii) Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
  • iv) Bahagian Pengurusan Harian Sekolah (BPSH)

Modul ini dapat menyelesaikan beberapa tindakan seperti:

  • Merekod kes-kes salahlaku murid
  • iMenyimpan perincian maklumat murid dan sekolah
  • Menjana dan memaparkan laporan statistik salahlaku
  • Menjana surat amaran ponteng mengikut tahap

Cara Login SSDM

Untuk login ke dalam SSDM bolehlah layari pautan https://ssdm.moe.gov.my/ dan masukkan ID pengguna serta kata laluan anda.

Terlupa kata laluan

Jika terlupa kata laluan, boleh hubungi:

UNIT DISIPLIN
SEKTOR HAL EHWAL MURID
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 3 & 4, BLOK E2,
PARCEL E,
62604 PUTRAJAYA
Tel : 03-8884 9451 & 03-8884 9472

Aduan masalah

Jika terdapat masalah dalam mengakses SSDM.Ikuti langkah ini:

CARA EMEL ADUAN / MASALAH

  1. Sertakan nama,no telefon dan dari sekolah mana.
  2. Sertakan butiran ‘error’ atau ralat sistem yang dihadapi. Seperti (tarikh,masa,bagaimana masalah terjadi)
  3. ‘Screenshot error’/ralat dan emelkan aduan dan dokumen tersebut ke alamat emel [email protected]

Peranan Guru Disiplin

Peranan Guru Disiplin

  1. Bertanggungjawab kepada pengetua/guru besar serta merancang, menyelaras dan
    melaksanakan program yang telah diputuskan oleh jawatankuasa pengurusan
    disiplin sekolah.
  2. Mengenal pasti murid berisiko kes buli.
  3. Menerima aduan murid dan menjalankan siasatan kesahihan aduan.
  4. Menjalankan siasatan rapi terhadap kes yang dilaporkan.
  5. Mengambil tindakan wajar, adil untuk kedua-dua belah pihak yang terlibat seperti
    memberi nasihat dan bimbingan atau merujuk kepada personalia lain.
  6. Merekodkan semua kes salah laku murid dalam SSDM.
  7. Menjalankan pemantauan kes buli dan tindakan susulan yang berterusan.
  8. Menyediakan laporan salah laku kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Apakah laman web SSDM?

Apakah SSDM?

SSDM adalah Sistem Sahsiah Diri Murid.

Tags:

bantuan terkini