Semakan Penempatan Tingkatan 1 2022/2023 Online

Murid yang berada di tahun 6 pada tahun 2021 yang akan menyambung ke peringkat menengah 2022/2023 kini boleh mula menyemak penempatan masing-masing.

Semakan ini boleh dibuat secara online ataupun terus hadir dan hubungi sekolah masing-masing tempat anda memohon penempatan tingkatan 1.

Penempatan tingkatan 1ini adalah untuk sekolah harian sahaja.

Bagi penempatan ke sekolah khusus seperti SBP/MRSM/SMKA, bolehlah rujuk SEMAKAN SEKOLAH KHUSUS

Cara Semakan Penempatan Tingkatan 1 Sesi 2022/2023

Keputusan penempatan ini boleh mula disemakan pada 28 Februari 2022. Cara semakan pula adalah secara online ataupun dengan hadir ke sekolah tempat anda membuat permohonan penempatan.

Pautan untuk semakan akan kami kemaskini jika ianya disediakan oleh pihak KPM.

Beberapa sekolah akan mengadakan pendaftaran pada hari yang sama keputusan penempatan dibuka.

Disebabkan itu, para murid dan ibu bapa bolehlah sediakan dokumen-dokumen bagi tujuan pendaftaran seperti salinan kad pengenalan/ sijil lahir dan dokumen yang berkait.

Para murid/ibubapa juga dikehendaki membuat pengesahan penerimaan penempatan yang ditawarkan oleh sekolah berkenaan.

Bilakah penempatan tingkatan 1 dibuka?

Pada 28 Februari 2022.