PKSK 2023: Semakan Pusat Tingkatan 1 & 4, Format Peperiksaan

Pentaksiran Kemasukan ke Sekolah Khusus (PKSK) merupakan satu penanda aras ataupun ujian baharu digunakan untuk kemasukan ke sekolah khusus di Malaysia.Sekolah khusus ini merangkumi Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

PKSK diperkenalkan selepas Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) telah dimansuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Semakan Pusat PKSK

Semakan bagi pusat PKSK untuk permohonan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik boleh dibuat melalui pautan https://spskt4.moe.gov.my.

Semakan PKSK dan keputusan tawaran kemasukan boleh dibuat melalui pautan-pautan di bawah ini:

Tarikh pelaksanaan PKSK

  • Tingkatan 1: 15 Disember 2022 hingga 2 Februari 2023
  • Tingkatan 4: 15 Disember 2022 hingga 16 Februari 2023

Proses Pengambilan ke Sekolah Khusus

Proses pengambilan terbahagi kepada 4 langkah iaitu;

  • Permohonan
  • Pemilihan
  • Ujian PKSK
  • Tawaran

Buat mereka yang tidak berjaya pula, boleh membuat rayuan PKSK.

Rayuan PKSK

Rayuan akan dibuka bermula 15 – 29 Mac 2023 bagi mereka yang tidak berjaya di dalam PKSK.

Kapasiti Sekolah Khusus

Terdapat kapasiti tersendiri bagi kemasukan ke sekolah khusus.

Anda boleh lihat pada jadual di bawah. Ianya terbahagi kepada kapasiti jenis sekolah, dan juga kapsiti bagi lekaki dan perempuan. Kapasiti kemasukan paling tinggi adalah untuk Kolej Vokasional.

kapasiti sekolah khusus
PKSK 2023: Semakan Pusat Tingkatan 1 & 4, Format Peperiksaan 4

Persediaan Semasa Permohonan

  • Pemohon perlu mengisi nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid dan nombor MyKad Penjaga Utama (yang didaftar dlm APDM) untuk mengakses sistem. Sistem akan mencari padanan dengan data murid yang ada dalam APDM.
  • Pemohon boleh membuat pilihan jenis sekolah (SBP/SMKA/SMT/KV/MTD, jenis aliran atau pengkhususan sekolah atau kursus yang pemohon pilih, nama sekolah pilihan, pusat pentaksiran pilihan serta beberapa maklumat lain yang diperlukan

Jadual Sesi PKSK

Sesi PKSK mengikut jadual seperti berikut:

Sesi 17.30 -8.00 pagi
Pendaftaran calon
8.00-8.45 pagi
Bahagian C: Artikulasi penulisan
9.00-10.30 pagi
Bahagian A&B: Soalan Pelbagai Pilihan Jawapan
Sesi 29.45-10.15 pagi
Pendaftaran calon
10.30-11.15 pagi
Bahagian C: Artikulasi Penulisan
11.30- 1.00 petang
Bahagian A &B
Soalan Pelbagai Pilihan Jawapan
.
Sesi 31.30 – 2.00 petang
Pendaftaran calon
2.00-2.45 petang
Bahagian C: Artikulasi Penulisan
3.00 – 4.30 petang
Bahagian A &B:
Soalan Pelbagai Pilihan Jawapan.

Format PKSK

Pelaksanaan PKSK adalah mengikut format berikut. Di mana terdapat 2 bahagian di dalam PKSK. Jadual di bawah menungjukkan bagaimana kaedah, apa jenis item , cakupan isi kandungan dan skor diberikan bagi setiap bahagian.

PerkaraBahagian A:
Kecerdasan Insaniah
Bahagian B:
Kecerdasan Intelek
Bahagian C:
Artikulasi Penulisan
KaedahOnlineOnlinebertulis (bersemuka)
Jenis ItemObjektif aneka pilihan (MCQ)Objektif aneka pilihan (MCQ)Subjektif secara arespon terbuka
Isi kandunganEQ,SQ,SSQIQ, Pengetahuan Am, penyelesaian masalahtajuk ditetapkan
skor20%70%10%

Bilakah PKSK 2023 dijalankan?

Bulan Disember 2022 hingga Februari 2023

Adakah rayuan dibuka bagi mereka yang tidak berjaya?

Ya.