Cara Hilangkan Dakwat Mengundi di Jari

Adakah anda baru sahaja selesai menunaikan tanggungjawab untuk membuang undi? Jika ya, pasti sekarang jari anda bertanda dakwat biru/hitam.

Untuk menghilangkan ataupun membuang dakwat itu tidak mudah namun tidak mustahil dan ada caranya.

Di sini kami kongsikan cara untuk menghilangkan dakwat mengundi.

dakwat mengundi
Cara Hilangkan Dakwat Mengundi di Jari 3

Cara Hilangkan Dakwat Mengundi Di Jari

Ada beberapa cara, antaranya adalah:

  1. Gunakan peluntur, jenama yang popular adalalah clorox. Campurkan sedikit sahaja pada losyen badan di dalam sebuah mangkuk. Ambil tisu dan rendam ke dalam larutan tadi. Kemudian kesat jari yang terdapat dakwat undi.
  2. Cara lain gunakan clorox lemon (Boleh lihat sini) , letakkan kuantiti sedikit ke dalam bekas gelas atau apa sahaja. Rendam jari selama 30 saaat. kemudian bilas. Memang berkesan hilangkannya.

Selamat mencuba untuk menghilangkan dakwat mengundi.