Cara Semak Dividen KWSP yang Dimasukkan ke Dalam Akaun Simpanan

Setiap tahun, KWSP akan mengumumkan dividen buat ahli-ahlinya yang mencarum di dalam KWSP.

Ramai juga yang tidak tahu bahawa simpanan di dalam KWSP akan diberikan dividen mengikut jenis simpanan, sama ada konvensional ataupun simpanan Shariah.

Di sini kami akan kongsikan cara untuk anda boleh membuat semakan jumlah dividen yang dimasukkan ke dalam akaun anda.

Cara Semak Dividen KWSP

Pertama sekali, anda perlulah mempunyai i-Akaun KWSP.

Login ke dalam portal i-Akaun sama ada melalui portal rasmi di sini ataupun lebih mudah dengan menggunakan apps i-akaun KWSP.

Selepas login, akan dipaparkan berapakah peratus dividen diberikan bersama jumlah yang dimasukkan ke dalam akaun anda.

dividen kwsp
Cara Semak Dividen KWSP yang Dimasukkan ke Dalam Akaun Simpanan 3

Seperti yang anda lihat, dividen yang diberikan adalah sebanyak 6.10% bersamaan dengan RM763.02. Jumlah ini terus di masukkan ke dalam akaun 1 dan akaun 2 KWSP para pencarum.

Jom ikuti t.me/portalsemakandotcom untuk info terkini mengenai KWSP dan bantuan-bantuan lain yang terdapat di Malaysia.

Adakah i-Akaun diperlukan untuk membuat semakan dividen KWSP?

Ya. anda perlu ada i-akaun KWSP.

JIka tiada, bagaimana cara untuk membukanya?

Kunjungi cawangan KWSP berhampiran anda.