UPU Online: Permohonan Kemasukan UA, Politeknik, KK, ILKA (2022/2023)

Sukacita dimaklumkan kepada pelajar lepasan SPM dan STPM/Setaraf. Permohonan UPU kini dibuka kepada semua pelajar yang berminat melanjutkan pelajaran di Universiti Awam UA,Politeknik, KK, dan ILKA.

Permohonan ini adalah bagi sesi akademik 2022/2023. Ianya mula dibuka pada 4 Februari 2022 pukul 12 tengah hari.

Permohonan ini akan ditutup pada 31 Mac 2022 pukul 5 petang.

Kategori Permohoan UPU 2022

Permohonan ini dibahagian kepada lepasan SPM dan Lepasan STPM/Setaraf.

Kategori Lepasan SPM

Ianya terbahagi kepada dua kumpulan iaitu;

  • Lepasan SPM 2021
  • Lepasan SPM 2022 dan SPM 2019.

Bagi lepasan SPM, pemohon layak untuk menyambung pelajaran ke;

  • ASAS -UA
  • Diploma – UA, Politeknik & ILKA
  • Sijil – KK $& ILKA
  • Ijazah Sarjana Muda – UiTM

Kategori Lepasan STPM/Setaraf

Lepasan dari pengajian berikut layak memohon UPU 2022;

  • Bagi lepsan STPM 2021
  • Lepasan Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi Pintar UKM/ Asasi UiTM bagi sesi akademik 2021/2022
  • Lepasan STAM 2021 & 2022
  • Lepasan Diploma/ Setaraf

Mereka layak untuk menyambung pengajian ke ;

  • Ijazah Sarjana Muda di UA

Cara Permohonan UPU

Anda boleh membuat permohonan dengan melayari https://upu.mohe.gov.my

Pilih kategori anda seperti di bawah:

Semakan Status Permohonan UPU

Status permohonan boleh disemak dengan klik:

Ikuti kami di t.me/portalsemakandotcom untuk info terkini mengenai permohonan dan semakan UPU.

No Unik PIn UPU

Disebabkan pandemik yang masih lagi menular, kerajaan telah menanggung sepenuhnya bayaran untuk proses permohonan UPUonline menggunakan Unik ID.

Disebabkan itu, no unik ID tidak perlu dibeli di mana-mana seperti di BSN.

Bilakah permohonan UPU 2022 dibuka?

Pada 4 Februari 2022.

Bilakah tarikh tutup permohonan UPUONLINE 2022?

Pada 31 Mac 2022.

Siapakah yang boleh memohon permohonan UPU 2022?

Lepasan SPM dan STPM/Setaraf.