e-Filing adalah perkhdimatan yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mengisi maklumat berkenaan percukaian.
Mulai 1 Mac 2022, kini pembayar cukai boleh mula mengemukakan Borang Nyata Tahun Saraan 2021 dan Tahun Taksiran 2021. Ini termasuklah borang E, BE, B, M, MT, P, TF dan TP.
Artikel: Senarai Pelepasan Cukai 2021 LHDN
Login e-Filing Portal HASiL
Anda boleh login ke dalam sistem e-Filing dengan layari : https://mytax.hasil.gov.my/ . Kemudian pergi ke bahagian Perkhidmatan ezHasil dan klik e-Filing.
Jangan lupa ikuti kami di t.me/portalsemakandotcom untuk info terkini dan maklumat semasa di Malaysia.
Pertama kali Menggunakan e-Filing
Jika ini baru pertama kali anda mengisi cukai melalui e-Filing, anda perlulah mendapatkan no pin terlebih dahulu.
No pin ini boleh diperolehi dengan hadirkan diri ke kaunter cawangan LHDN berdekatan anda. Nyatakan urusan anda untuk login ke e-filing LHDN. Staf akan membantu anda.
Dokumen Diperlukan untuk e-FIling
Sebelum menghantar borang efiling, pastikan dokumen-dokumen disusun rapi dan lengkap. Ini kerana anda perlu simpan penyata pendapatan, resit, invois, dan lain-lain dokumen yang berkaitan dalam tempoh 7 tahun.
Jika anda ada sebarang persoalan mengenai percukaian mahupun sistem e-filing, bolehlah hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 .
ARTIKEL LAIN: SEMAKAN BKM 2022
Bolehkah pembayaran dilakukan tanpa e-filing?
Tidak. Anda perlu kemukakan borang cukai melalui sistem e-filing.
Saya tidak dapat login.
Set semula kata laluan secara online menggunakan emel atau nombor telefon yang berdaftar.
Bilakah tarikh akhir menghantar borang efiling?
tarikh akhir akan diumumkan.