MAIPS adalah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis.MAIPS bertanggunjawab untuk membuat pengagihan kutipan zakat terus kepada yang layak dan memerlukan.
Skim Bantuan Zakat MAIPS
Terdapat 14 jenis skim agihan zakat di bawah kelolaan MAIPS. Ianya adalah seperti beriktu:
- Skim Agihan Sara Hidup
- Skim Agihan Sarahidup Bulanan
- Skim Agihan Perubatan
- Skim Agihan Persekolahan Rendah / Menengah
- Skim Agihan Program Peningkatan Ekonomi Asnaf
- Skim Agihan Bekalan Elektrik / Air
- Skim Agihan baik pulih rumah / Bina Baru
- Skim Agihan Mikro Baik pulih rumah
- Skim Agihan Bencana
- Skim Agihan kecemasan Ibnu Sabil
- Skim Agihan Saguhati Motivasi Memeluk Islam
- Skim Agihan Pelajaran Serta Merta IPT
- Skim Agihan Zakat Pelajaran Dermasiswa Luar Negara (Timur tengah)
- Skim Agihan Aktiviti Dakwah dan Kemasyarakatan MAIPs
Syarat setiap bantuan
Skim agihan sara hidup
- Merupakan golongan dalam asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf yang mempunyai masalah kekurangan belanja untuk saraan hidup.
- Terputus bekalan kewangan bagi tujuan makanan, pakaian, atau perlindungan (rumah).
- Anak yatim yang tiada tempat bergantung.
Skim agihan sarahidup bulanan
- Dalam golongan asnaf Fakir dan Miskin yang mempunyai mana-mana masalah berikut:
- Mempunyai penyakit yang kronik.
- Tiada punca pendapatan.
- Tiada waris atau menumpang
- Cacat fizikal/mental.
- Uzur.
Skim agihan perubatan
- Pemohon harus memenuhi syarat-syarat umum.
- Pemohon perlu menghantar laporan/pengesahan pegawai perubatan dari pusat-pusat perubatan atau mana-mana pihak yang diiktiraf termasuk pusat rawatan tradisional.
Skim Agihan Persekolahan Rendah / Menengah
- Pemohon ada tanggungan / anak yang memerlukan Agihan untuk sebarang urusan persekolahan samada sekolah rendah atau menengah.
- Ibu/bapa yang tidak berkemampuan/kehabisan wang untuk membayar wang pendaftaran/yuran sekolah/ membeli bahan buku-buku anak di peringkat sekolah rendah/menengah di bawah asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf.
Skim agihan program ekonomi asnaf
- Pemohon ada tekad yang kuat untuk keluar dari masalah kefakiran dan kemiskinan.
- Bagi permohonan Agihan modal perniagaan, perlu menghantar dokumen pendaftaran syarikat dan rancangan perniagaan (Business Plan).
Skim agihan bekalan elektrik/air
- Memilik surat hakmilik rumah atau kebenaran sewaan.
Skim Agihan baik pulih rumah / Bina Baru
- Pemohon tidak ada rumah lain dan berusia 35 tahun ke atas kecuali bagi kes-kes yang berdasarkan keperluan atau yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Kariah / Ahli Dewan Undangan Negeri.
- Rumah yang diduduki terlalu uzur dan telah rosak dengan melebihi 70% kecuali bagi kes-kes tertentu berdasarkan keperluan atau yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Kariah / Ahli Dewan Undangan Negeri.
- Status tanah haruslah benarkan pembinaan kecuali Bantuan Baik Pulih Rumah MAIPs.
- Pemohon menunjukkan Salinan Geran Tanah yang yang membenarkan pembinaan.
- Jika tanah untuk pembinaan bukan milik sendiri, perlu ada Kebenaran Bertulis iaitu Akuan Sumpah yang sah di bawah Akta Akuan Berkanun 1960 atau kemukakan kebenaran oleh pemegang Surat Kuasa Wakil (Power of Attorney) daripada tuan tanah yang terlibat.
Senarai penuh lebih terperinci syarat dan kaedah pelaksanaan boleh dilihat di sini.
Semakan Permohonan MAIPS
Jika sebelum ini anda pernah membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan maip. Kini anda boleh menyemak status permohonan anda.
Cara Semakan
Cara semakan MAIPS untuk mengetahui status bantuan zakat adalah dengan melayari laman web http://asnaf.maips.gov.my/semak/ dan masukkan nombor kad pengenalan kemudian klik butang semak yang tertera.
Permohonan MAIPS
Jika anda belum pernah membuat permohonan bantuan daripada MAIPS, anda boleh dapatkan borang permohonan. Permohonan bantuan MAIPS terbahagi kepada;
- Bantuan Am
- Bantuan Pelajaran
- Sewaan Premis/ Tanah
- Sewaan Bazar Wakaf
- Wakaf tanah
artikel lain:
Kaunter Agihan
Kaunter agihan dan kutipan dibuka mengikut ketetapan di bawah.
Adakah MAIPS menawarkan bantuan pelajaran/ pendidikan?
Ya di bawah program bantuan pelajaran.
Saya merupakan peniaga, ada tak bantuan MAIPS yang sesuai untuk saya?
Ada. Banrtuan sewaan premis/tanah dan bantuan seaaan bazar wakaf.