eG Tukar: Permohonan Dan Semakan Pertukaran Guru boleh dibuat sepanjang tahun secara atas talian. eGTukar merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Pengurusan Guru. Modul ini melibatkan pengurusan pertukaran guru di Malaysia yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pentadbir sistem dan guru.
Nak Login ke dalam sistem SAPS Ibu Bapa, Layari SAPS.
Cara Menyemak Pertukaran Guru
Keputusan permohonan untuk Pertukaran Antara Negeri/Bahagian, Antara Daerah dan dalam daerah untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred seperti Berikut :
*Gred DG29, DG32(KUP TIME-BASED), DG34(KUP TIME-BASED). DG41, DG42, DG44(KUP TIME-BASED) DG48(KUP TIME- BASED), DG52(KUP TIME-BASED) DAN DG54(KUP TIME-BASED)
Keputusan kelulusan pertukaran akan dimuktamadkan oleh satu jawatankuasa Pertukaran Guru di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Untuk Menyemak. Sila masuk ke aplikasi berikut :
PERTUKARAN GURU SESI MAC 2023 AKAN PROSES DATA PERMOHONAN PERTUKARAN SEHINGGA 24 JANUARI 2023 DAN PERMOHONAN YANG TIDAK BERJAYA PADA SESI JANUARI 2023 SEKIRANYA PERMOHONAN TUAN/PUAN MASIH AKTIF.
1.Sila log in ke dalam aplikasi diatas bagi membuat semakan.
2.Keputusan pertukaran adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan. Tiada rayuan dan pemohon dinasihatkan untuk membuat permohonan baru pada sesi Pertukaran akan datang. Guru perlu segera melapor diri bertugas di sekolah yang telah ditempatkan
Tarikh Semakan Keputusan eg Tukar
Berikut merupakan Tarikh-Tarikh berkaitan semakan keputusan pertukaran guru mengikut kategori:
A. Keputusan Pertukaran Guru Antara Negeri/Bahagian.
Sesi Januari 2023 : –
Sesi Jun 2020:-
B. Keputusan Pertukaran Guru Antara Daerah Dan Dalam Daerah
Sesi Januari 2023: –
Sesi Jun 2023:-
C. Keputusan Penempatan Guru
Sesi Januari 2023: –
Sesi Jun 2023 :-
FAQ egTukar:Permohonan dan Semakan Pertukaran Guru 2023
Apakah kriteria utama bagi penukaran guru antara negeri?
Kriteria utama pertukaran guru antara negeri adalah :
1. Kepentingan perkhidmatan.
2. Kekosongan jawatan.
3. Keperluan opsyen di negeri yang memohon.
Adakah pertukaran suka sama suka dibolehkan?
Tidak ada pertukaran suka sama suka
Adakah saya boleh menolak tawaran penukaran?
Tidak. Kelulusan pertukaran adalah muktamad