Doa Dipermudahkan Urusan (Ringkas dan Mudah)

Dalam kehidupan seharian kita, pastinya kita pernah menghadpi beberapa cabaran dalam hidup. Tidak kiralah berbentuk dugaan kesihatan, menghadapi peperiksaan,temuduga, pembentangan, , urusan kerja, pembedahan, bersalin dan sebagainya.

Di dalam kita bersiap sedia menghadapi semua ini, pastinya senjata yang paling ampuh bagi seorang muslim adalah doa. Maka, berdoalah semoga dipermudahkan urusan.

Pada artikel kali ini kami kongsikan senarai doa ringkas iaitu doa dipermudahkan urusan untuk anda amalkan sendiri.

Doa Dipermudahkan Urusan (Ringkas dan Mudah) 2
Doa Dipermudahkan Urusan (Ringkas dan Mudah) 4

Doa Dipermudahkan Urusan

Doa pertama

رَبَّنَآ اٰتِنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً وَّهَيِّئْ لَنَا مِنْ اَمْرِنَا رَشَدًا
” Rabbana atina mil ladunka rahmah , wahaiyik lana min amrina rashada”

Maksudnya: Ya Tuhan kami. Berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami.

Doa kedua

حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ
““Hasbunallah wa ni’mal wakil”

Maksdunya: Cukup hanya Allah bagi kami dan dialah maha Pelindung

Doa ketiga

رَبِّ ٱشْرَحْ لِى صَدْرِىوَيَسِّرْ لِىٓ أَمْرِى وَٱحْلُلْ عُقْدَةًۭ مِّن لِّسَانِى  يَفْقَهُوا۟ قَوْلِى 
“Rabbi shrahli sodri wa yassirli amri wahlul uqdatan min lisani yafqahuqauli”

Maksudnya: Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku.

Doa keempat

لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَا ۗ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَآ اِنْ نَّسِيْنَآ اَوْ اَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَآ اِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهٗ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهٖۚ وَاعْفُ عَنَّاۗ وَاغْفِرْ لَنَاۗ وَارْحَمْنَا ۗ اَنْتَ مَوْلٰىنَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكٰفِرِيْنَ ࣖ
“La yukalliful-laahu nafsan illa wus’aha; laha ma kasabat wa ‘alaihaa maktasabat; Rabbanaa laa tu’aakhiznaaa in naseenaaa aw akhtaanaa; Rabbanaa wa laa tahmil-‘alainaaa isran kamaa hamaltahoo ‘alal-lazeena min qablinaa; Rabbanaa wa laa tuhammilnaa maa laa taaqata lanaa bih; wa’fu ‘anna waghfirlana warhamna; Anta mawlaanaa fansurnaa ‘alal qawmil kaafireen”

Maksudnya: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya. (Mereka berdoa), “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir

Semoga dipermudahkan

Diharap doa-doa ini dapat membantu anda untuk memberi ketenangan menhgdapi perkara yang akan datang. Tekadkan keyakinan kepada Allah, nescaya Allah bersama kita sentiasa.

Semoga urusan anda dipermudahkan semuanya. Ingatlah disetiap kesusahan itu pasti ada kemudahan. Langit tidak selamanya mendung, kerana selepas hujan pasti pelangi akan muncul. Teruskan positif dan semoga dipermudahkan kami ucapkan!

artikel lain: