Selepas pengumuman penangguhan urus niaga ASB tempoh lalu, kini ASNB telah mengumumkan dividen bagi tahun kewangan mereka pada tahun 2022. iaya diumumkan pada 22 Disember 2022.
Dividen ASB 2022
Berikut adalah dividen ASB/ASNB bagi tahun 2022.
๐Join Telegram untuk lebih info bantuan.
Pengagihan Pendapatan ASB dan Bonus ASB bagi tahun kewangan 2022 adalah seperti berikut:
Pengagihan pendapatan | 3.35 sen per unit |
Bonus | 1.25 sen per unit |
Bonus tambahan | 0.50 sen per unit |
Bagi bonus tambahan, ianya terhadp untuk 30,000 unit pertama sahaja. Sebagai contoh kiraan kasar, jika seseorang mempunyai simpanan RM50,000 di dalam ASB, bonus tambahan yang diperolehi terhad kepada RM150 bersamaan 0.50 se per unit bagi 30,00 unit.
Jika kurang faham, contoh kiraan adalah seperti berikut:
- Dividen ASB : 3.35 %
- Bonus : 1.25%
- Bonus tambahan : 0.5% (LIMITED TO first 30k!)
- P/s : Bonus tambahan adalah terhad kepada 30k sahaja.
- Update : Cara Kiraan Dividend jika anda ada 100k unit ASB.
- Kira ASB DIVIDEND dulu then baru kira bahagian BONUS.
- Total ASB unit dalam account 100k.
- ASB Dividend + Bonus : 100k โ4.6% = RM4,600
- Bonus Tambahan ASB : 30k โ 0.5% = RM150
- Total Dividend anda dapat ialah RM4,750
Cara Pengiraan Dividen
Cara pengiraan dividen secara terperinci adalah seperti yang berikut:
Pengagihan Pendapatan dan Bonus ASB adalah mengikut purata baki minimum bulanan sepanjang tahun 2022 dengan formula seperti berikut:
Polisi pengagihan pendapatan
ASB mengagihkan perolehan dari pendapatannya, jika ada, tertakluk kepada budi bicara pihak pengurusan dan kelulusan pemegang amanah. Amaun pembayaran bagi Pengagihan Pendapatan pada setiap tahun kewangan adalah mengikut prestasi semasa pelaburan ASB.
Setiap agihan pendapatan ini, adalah mengikut tatacara yang ditetapkan di dalam Garis Panduan Tabung Unit Amanah yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai rujukan semua syarikat unit amanah di Malaysia.
Cara bayaran dividen
Pembayaran dividen (Pengagihan Pendapatan), Bonus dan Bonus Tambahan bagi ASB ini akan dilaburkan/dimasukkan kembali ke dalam akaun pemegang unit sebagai unit tambahan dan akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit secara automatik pada tarikh 1 Januari 2023.
Bila dividen akan dimasukkan dan cara semakan
Ianya dikreditkan secara automatik pada 1 Januari 2023.
Para pemegang unit boleh membuat semakan Pengagihan Pendapatan dan Bonus pada 1 Januari 2023 melalui
- portal
- kiosk
- aplikasi mudah alih myASNB
- perbankan internet ejen ASNB.
Manakala, semakan di mana-mana cawangan ASNB atau ejen ASNB boleh dibuat bermula 3 Januari 2023. Penyata Pengagihan Pendapatan akan dihantar bersama dengan laporan pengurus dalam tempoh dua bulan selepas tahun kewangan berakhir. Maklumat tambahan:
- Penyata dalam portal โ 14 hari selepas tahun kewangan berakhir
- Penyata melalui e-mail – 30 hari selepas tahun kewangan berakhir
- Penyata fizikal melalui pos โ 60 hari selepas tahun kewangan berakhir
Artikel lain: