Setelah sekian lama diperjuangkan,akhirnya para pencarum di KWSP boleh menarik nafas lega apabila KWSP telah mengenalkan akaun KWSP patuh syariah. Entri pada kali ini akan berkongsi berkenaan cara tukar akaun KWSP konvensional kepada akaun KWSP patuh syariah.
Siapa yang boleh memohon?
Bagi mereka yang berminat untuk menukar kepada akaun KWSP Syariah, KWSP tidak menetapkan syarat khusus. Ini bermakna semua orang boleh memohon untuk menukar akaun kepada akaun patuh syariah. Merujuk kepada KWSP, permohonan boleh dibuat oleh :
- Warganegara atau bukan warganegara.
- Semua agama.
- Semua bangsa.
Cara Tukar Akaun KWSP Konvesional kepada akaun Syariah
Ini adalah langkah-langkah mudah untuk anda bertukar ke akaun Sharian KWSP.
- Pertama sekali log masuk ke dalam i-Akaun KWSP.
- Klik pada bahagian tab simpanan shariah.
- Setelah anda berjaya untuk log masuk ke dalam web KWSP, sila tekan tab simpanan syariah. Kemudiannya , klik Tukar Status.
- Tunggu permohonan akan diluluskan.
Senang bukan?
Sekiranya anda terlupa kata laluan anda,anda juga boleh terus ke pejabat KWSP untuk membuat penukaran melalui kaunter KWSP dengan membawa kad pengenalan sahaja.
Rekod Dividen Akaun Syariah KWSP
Berikut merupakan rekod dividen KWSP. Walaupun kurang daripada dividen yang diberikan oleh akaun konvensional,namun ini merupakan langkah yang paling tepat bagi mengelakkan wang kita terlibat dengan pelaburan yang tidak patuh syariah.
Tunggu apa lagi?
Bersegeralah tukar!