Desas desus mengenai pengeluaran Khas 2.0 KWSP mula memenuhi segenap ruang perbicaraan netizen. Pelbagai petisyen dibuka untuk menggesa KWSP memperkenalkan Pengeluaran Khas 2.0.
Kementerian Kewangan juga tidak memberikan sebarang pengumuman mengenai hal ini, sama ada ianya akan dilaksanakan ataupun tidak.
Respon KWSP Mengenai pengeluaran Khas 2.0
Namun, berikut adalah komen yang diambil dari laman web Facebook rasmi KWSP yang mana respon mengenai pengeluaran khas 2.0.
Setakat ini, tiada sambungan/lanjutan untuk Pengeluaran Khas 10k. Anda boleh mengeluarkan simpanan KWSP tertakluk kepada Skim Pengeluaran yang disediakan. Untuk info lanjut berhubung Skim Pengeluaran KWSP yang terkini, klik https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals.
Antara komen lain daripada KWSP adalah;
Hi ! Setakat ini, tiada Pengeluaran Khas 2.0 akan dilaksanakan. Terima kasih.
Alternatif Pengeluaran Khas 2.0
KWSP turut berkongsi kegunaan pengeluaran yang boleh digunakan dengan akaun 2 KWSP.
KWSP tiada menyediakan pengeluaran untuk tujuan mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada. KWSP hanya membenarkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 di bawah pengeluaran perumahan untuk tujuan membiayai pembelian rumah, mengurang / menyelesaikan baki pinjaman perumahan dan ansuran bulanan pinjaman perumahan sahaja.
Dalam pada itu, antara produk yang baru dilancarkan oleh KWSP adalah i-Lindung. Di mana para pemohon boleh menggunakan akaun 2 untuk mendaaptkan pakej perlindungan takaful/insurans.
Pengeluaran yang boleh dibuat
Setakat ini, KWSP hanya membenarkan pengeluaran yang dibuat atas sebab berikut:
- Umur 50 tahun
- Pendidikan
- Beli rumah
- bina rumah
- kurangkan baki pinjaman perumahan
- ansuran bulanan perumahan
- perumahan fleskibel
- perumahan PR1MA
- Naik haji
- kesihatan
- Simpanan yang melebihi 1 juta.