HPIPT Selangor: Permohonan Hadiah Pengajian IPT Selangor 2021

Berita gembira bagi rakyat Selangor yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. HPIPT Selangor kini dibuka bagi meringankan beban pelajar baru. Sekiranya anda memenuhi syarat yang telah ditetapkan, jangan lepaskan peluang ini.

Syarat-syarat Kelayakan HPIPT Selangor

  1. Pemohon, ibu dan bapa pemohon adalah Warganegara Malaysia sahaja.
  2. Kriteria pemoho dan ibubapa pemohon adalah sepertio berikut :
    1. Pemohon lahir di Negeri Selangor.
    2. Ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor.
    3. Pemohon telah bermastautin dan bersekolah di Negeri Selangor tidak kurang dari 11 tahun dan menetap di Negeri Selangor.
    4. Ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun.
  3. Pemohon telah mendapat tawaran untuk memasuki semester pertama.
  4. Pemohon ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian diperingkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran Tahap 4 sahaja.
  5. Pemohon telah mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian.
  6. Permohonan hanya untuk tahun pertama sahaja.
  7. Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  8. Pendapatan isi rumah ibu,bapa atau penjaga berjumlah 5000 dan kebawah.
  9. Permohonan yang tidak lengkap dikategorikan sebagai Permohonan Gagal.

Cara Memohon HPIPT Selangor

  1. Permohonan dibuat secara atas talian dengan melayari laman web Sistem Permohonan HPIPT : https://hpipt.selangor.gov.my/portalv1/.
  2. Pemohon diminta untuk melengkapkan permohonan di atas talian serta menghantar salinan asal borang pengesahan HPIPT yang telah disahkan oleh pihak IPTA/IPTS
  3. Salinan asal borang tersebut perlu dihantar kepada Urusetia melalui serahan tangan atau pos SEBELUM TARIKH TUTUP .

Alamat serahan :

Urus setia Hadiah Pengajian IPT

Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

40503 Shah Alam

Pembayaran Masuk ke Akaun

Sekiranya permohonan anda diluluskan, bayaran hadiah sebanyak Rm1000 akan dikreditkan ke dalam no akaun bank yang telah dinyatakan di dalam permohonan.

Setiap permohonan hanya layak diberi sekali sepanjang pengajian, sama ada diperingkat Ijazah Sarjana Muda atau Diploma sahaja.

Pemohon hendaklah menyemak status pembayaran satu bulan daripada tarikh borang permohonan dihantar kepada pihak Urus setia.

Baca Lagi :https://portalsemakan.com/biasiswa-ismp/

Pertanyaan dan Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan ataupun kemusykilan, anda boleh menghubungi Urus setia Hadiah Pengajian IPT di alamat berikut :

Urus Setia Hadiah Pengajian IPT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S
40503 Shah Alam.

No. Telefon : 03- 5544 7385 / 03-5521 2306
No. Faks : 03-5510 4095 / 03-5511 0659
URL : http://hpipt.selangor.gov.my

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.