Tidak lama lagi sesi persekolahan baharu akan bermula. Ibu bapa tentunya sibuk membuat persediaan buat anak-anak. Lebih-lebih lagi buat mereka yang mempunyai anak yang akan bersekolah darjah 1.
Antara perkara yang perlu dilakukan sebelum memasuki sekolah adalah membuat semakan sekolah yang bakal diduduki oleh anak.
Ibu bapa / penjaga perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri jika belum mempunyai akaun atau log masuk menggunakan akaun sendiri jika telah mempunyai akaun sendiri. Setelah ada akaun sendiri dan boleh log masuk, ibu bapa / penjaga boleh meneruskan transaksi perkhidmatan ini.
Cara Semakan Tahun 1 Sekolah Rendah
Cara semakan tahun 1 adalah;
- Layari laman web https://public.moe.gov.my
- Masukkan nombor kad pengenalan ibu bapa/ pengguna
- Masukkan kata laluan/ password
- Klik enter.
- Pergi ke bahagian semak permohonan
- klik pada butang semakan.
- Status permohonan murid akan dikeluarkan seperti gambar berikut.
- Kemudian penguna boleh terus mencetaj surat permohonan tersebut dan juga surat persetujuan kesihatan.
Maklumat mengenai sekolah anak akan dipaparkan. Menunjukkan nama dan alamat sekolah yang bakal diduki oleh pelajar/ murid.
Jika adnda terlupa kata laluan, boleh dapati kembali daripada pautan https://public.moe.gov.my/?kpm=spatkpm_lupakatalaluan
Permohonan Lewat tahun 1
Permohonan lewat ke Tahun 1 secara online boleh dilakukan sehingga 14 Disember 2022.
Manual cara penggunaan ssitem public.moe boleh diperolehi di sini.
Kami mengucapkan selamat membuat semakan sekolah tahun 1 buat anak anda. Semoga semua urusan persekolahan dipermudahkan.