e-Pangkat: Semakan Urusan Kenaikan Pangkat KPM 2023

Sistem e Pangkat diwujudkan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tujuan dan urusan kenaikan pangkat di dalam perkhidmatan.Sistem e-Pangkat adalah termasuk dalam Modul Pengurusan Guru .

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) adalah antara pihak yang banyak menggunakan sistem e-Pangkat ini.

Cara Proses Kenaikan Pangkat

Proses / Pelaksanaan bagi urusan kenaikan pangkat adalah seperti berikut:

  • Urusan kenaikan pangkat dilakukan secara dalam talian (online).
  • PPP perlu mengisi borang Laporan Nilaian Prestasi Khas
  • Borang tersebut perlu dikemukakan kepada ketuan jabatan.
  • Ketua Jabatan akan melalukan LPNK.
  • Ketua Jabatan akan pastikan maklumat perkhidmatan dan markah prestasi dikemaskini dalam sistem epangkat.
  • Kemudian akan terdapat tempoh perakuan Pengetua/Guru besar/ Ketua Bahagian kepada JPN/Bahagian.
  • Seterusnya tempoh perakuan JPN/Pengarah Bahagian/IAB/Ipag Kampus/Kolej Matrikulasi kepada BPSM dan KPM.
  • Tempoh masa perakuan perlu ditepati bagi mengelakkan sebarang permohonan ditolak.

Cara Login Sistem ePangkat 2023

Untuk masuk ke dalam sistem e-pangkat, anda bolehlah layari: https://epangkat.moe.gov.my/login.php

siste epangkat
e-Pangkat: Semakan Urusan Kenaikan Pangkat KPM 2023 4

Cara Semakan Keputusan Naik Pangkat

  1. Anda boleh membuat semakan keputusan urusan kenaikan pangkat dengan melayari: https://naikpangkat.moe.gov.my/
  2. Masukkan nombor kad pengenalan
  3. Klik semak.
no kad pengenalan epangkat
e-Pangkat: Semakan Urusan Kenaikan Pangkat KPM 2023 5

Nombor Untuk Dihubungi

Jika terdapat sebarang persoalan , anda bolehlah hubungi:

Cawangan Naik Pangkat,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 4, Blok E12 Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA.

email: [email protected]

  1. Semakan keputusan urusan kenaikan pangkat secara online tidak melibatkan urusan pemangkuan.
  1. Urusan kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan dilaksanakan secara berperingkat mengikut tempoh perkhidmatan yang melayakkan dan perakuan oleh Ketua Jabatan.
  2. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM tidak bertanggungjawab bagi kes penyalahgunaan No. Kad Pengenalan oleh calon lain melalui sistem ini.
  3. Sebarang pertanyaan bagi tujuan penyemakan status kenaikan pangkat melalui emel, tuan/puan perlu mengisi maklumat berkenaan (seperti di Jadual 1).
  4. Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang TELAH BERJAYA bagi sebarang urusan kenaikan pangkat, tuan/puan boleh menyemak STATUS SURAT PENYIARAN KENAIKAN PANGKAT DENGAN KETUA JABATAN/BAHAGIAN MASING-MASING SELEPAS 30 HARI BEKERJA dari TARIKH MUAT NAIK DATA.