e-Operasi merupakan salah satu bahagian daripada Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru.
Modul ini melibatkan pengurusan data berkaitan guru dan bukan guru yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri,Daerah, dan Sekolah), dan pengguna (guru dan bukan guru)
Kategori Pengguna e-Operasi
Seperti yang telah dinyatakan, terdapat dua kategori yang menjadi sasaran pengguna untuk modul ini iaitu:
- Pengguna
- Hanya pengguna yang telah DIDAFTARKAN oleh Pentadbir Sistem sahaja dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan modul ini.
- Pentadbir Sistem
- Hanya pentadbir sistem yang telah DILANTIK oleh KPM sahaja dibenarkan untuk menggunakan modul ini mengikut peranan yang telah ditetapkan.
e-Operasi 2021 : Login Modul Pengurusan Guru
Bagi para pengguna yang belum mempunyai akaun, sila ikuti langkah-langkah berikut :
Sila ke pautan berikut : https://eoperasi.moe.gov.my/

- Sila Klik Pendaftaran Pengguna
- Isi ruangan yang diperlukan dengan teliti.Pastikan semua butiran adalah betul dan tepat terutama bahagian Nama, No. KP, No. Gaji dan E-mel. Manakala kata laluan, soalan keselamatan dan jawapan perlu diingat oleh pengguna.
- Klik butang SIMPAN untuk proses pendaftaran.
- Pengguna boleh terus LOG MASUK untuk menggunakan sistem.
Berikut merupakan paparan bagi pengguna setelah berjaya log masuk :

Berikut pula merupakan paparan bagi pentadbir :

Anda juga diingatkan untuk Log Keluar setiap[ kali menamatkan sesi penggunaan sistem. Ini bertujuan untuk mengelakkan pihak lain yang ingin menyalahgunakan maklumat anda.
Jom join kami di telegram untuk info terkini mengenai Pendidikan dan Info awam. t.me/portalsemakandotcom
Baca lagi : Pengeluaran i-sinar tanpa syarat