Musim umrah tiba lagi. Ramai yang menunaikan umrah terutamnya pada musim cuti. Namun, kepada semua rakyat Malaysia yang bakal mengerjakan umrah ataupun baru sahaja bercadang untuk naik umrah, adalah dinasihatkan untuk membuat semakan sedikit.
Semakan yang perlu dibuat adalah sama ada agensi ataupun syarikat yang hendak anda gunakan bagi tujuan umrah berdaftar secara sah atau tidak.
๐Join Telegram untuk lebih info bantuan.
Jika syarikat tidak berdaftar, besar kemungkinan anda akan menjadi mangsa penipuan pakej umrah. Ini kerana saban tahun ada sahaja kes melibatkan penipuan pakej umrah ini.
Pada artikel ini, kami kongsikan cara untuk anda membuat semakan agensi / syarikat umrah berdaftar ataupun tidak.
Cara Semakan Syarikat Agensi Sah Umrah
Caranya adalah seperti berikut:
- Layari laman web https://www.motac.gov.my/semakan/umrah
- Buat carian nama agensi yang ingin anda ketahui.
- Anda juga boleh memilih negeri untuk melihat senarai agensi berdaftar.
- Lihat maklumat tempoh lesen sah.
Pastikan syarikat yang anda pilih untuk mengerjakan umrah tersenarai dalam senarai syarikat yang mempunyai lesen perniagaan pengendalian pelancongan luar negeri bagi umrah atau ziarah.
Ini bagi mengelakkan anda terjerumus dalam risiko menjadi mangsa penipuan umrah.