Cara Tuntutan Akhir Bayaran Penerima BKM Sebelum 31 Disember 2022

Ada di antara penerima BKM 2022 yang tiada maklumat akaun bank dan status pengkreditan gagal. Jika anda salah seorang daripadanya, maka anda boleh membuat tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum 31 Disember 2022.

Tarikh Akhir tuntutan tunai


Penerima BKM 2022 yang layak dan tiada maklumat akaun bank /status pengkreditan Gagal Kredit boleh membuat tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional(BSN) sebelum atau pada 31 Disember 2022.

artikel lain: Cara pendaftaran KWSP.

Cara Bayaran


Cara pembayaran BKM 2022 dan Bantuan Tunai Tambahan adalah seperti berikut:

Kredit ke akaun bank


Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon / pasangan yang telah didaftarkan semasa permohonan BKM 2022 secara berperingkat. Pembayaran fasa seterusnya akan dikreditkan ke akaun bank penerima yang sama.


Secara tunai di BSN

  • Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BKM 2022.
  • Pembayaran BKM 2022 dan Bantuan Tunai Tambahan berstatus Gagal Kredit.

Tidak meletakkan nombor akaun bank


Jika anda tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa pendaftaran / kemaskini BKM 2022, pembayaran BKM 2022 adalah seperti berikut:
i. Pasangan suami isteri adalah warganegara dan ada melaporkan maklumat akaun bank
– pengkreditan ke akaun bank pasangan akan dibuat.
ii. Pasangan suami isteri adalah warganegara dan ada melaporkan maklumat akaun bank,
tetapi pembayaran BKM 2022 dan Bantuan Tunai Tambahan berstatus
Gagal Kredit – pembayaran secara tunai di BSN kepada pemohon.
iii. Pasangan suami isteri tidak melaporkan maklumat akaun bank – pembayaran secara tunai di BSN kepada pemohon.

Cara Tuntutan Akhir Bayaran Penerima BKM Sebelum 31 Disember 2022 3
Cara Tuntutan Akhir Bayaran Penerima BKM Sebelum 31 Disember 2022 5


Jika bayaran BKM 2022 dan Bantuan Tunai Tambahan adalah secara tunai, pemohon perlu untuk mengemas kini maklumat akaun bank pemohon semasa tempoh kemas kini maklumat asas Permohonan BKM 2022 yang dibuka dalam waktu yang diberikan.

Bayaran melalui kredit, tetapi status gagal


Jika pada menu Maklumat Pembayaran MyBKM pemohon memaparkan status bayaran adalah gagal kredit ke akaun bank pemohon atau gagal kredit ke akaun bank pasangan, anda perlu hadir ke Cawangan BSN bersama kad pengenalan asal pemohon bagi melakukan tuntutan tunai bayaran BKM 2022 dan Bantuan Tunai
Tambahan.

Cara Semakan Status Bayaran BKm dan BKM Tambahan


Semakan maklumat pembayaran BKM 2022 dan Bantuan Tunai Tambahan adalah
pada MyBKMSemakan Status > Maklumat Pembayaran. Maklumat yang dipaparkan adalah seperti berikut:

  • Nombor Pengenalan
  • Akaun dikredit
  • Nama Penerima
  • Fasa Pembayaran
  • Jumlah dikredit
  • Status Kredit
  • Nama Bank
  • Nombor Akaun Bank